Tuesday, August 31, 2010

15 bukti keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku dtg kepada Rasulullah s.a.w dgn tujuh org dari kaumku.
Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?"
Jawab kami, "Kami adalah org beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yg engkau perintahkan kpd kami, lima perkara yg diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah"


Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu?"
Jawab merekan, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada MalaikatNya, kitab-kitab Nya, Rasul-rasulNya, percaya kpd takdir Allah yg baik mahupun yg buruk".
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?"
Jawab mereka, "kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, hendaklah kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."


Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yg kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, " Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dgn sesuatu musibah yg menimpa pada musuh."
Mendengar ucapan mereka yg amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hmpir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dgn segala macam yg kamu katakan tadi."






Kemudian Nabi s.a.w. selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu lima(empat) perkara amalan yg akan menyempurnakan dari kamu punyai?
1. Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yg tidak kamu akan makan.
2. Janganlah kamu mendirikan rumah yg tidak kamu tepati
3. Janganlah kamu berlumba2 dalam mencari sesuatu yg bakal kamu tinggalkan
4. berusahalah mencari bekal ke akhirat


wAllahu a'lam..