Saturday, August 28, 2010

mabuk dlm cinta terhadap Allah

Dikisahkan dlm sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari, nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorg pemuda ni yg sedang menyiram air di kebun.
Apabila dia sedang melihat nabi, maka dia pun berkata, "wahai nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada Nya"

Berkata pemuda itu lagi, "wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah"

oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa hari lama nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi nabi Isa tidak dapat berjumpa dengannya. maka nabi Isa a.s pun bertanya kepada org yang lalu lalang di tempat tersebut, dan berkata salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendapat penjelasan org2 itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t, "wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu". selesai sahaja nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit

nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda tersebut dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjwb salam nabi. "kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi, "wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. demi keagungan dan keluhuranKu, kalau engkau memotongnya dgn gergaji pun, dia tidak mengetahuinya"

ya Allah, betapa tingginya kuasa Mu, sehingga sesiapa yg dpat mencintaiMu boleh menjadi gila..subhanAllah!

barangsiapa yang mengakui 3 perkara tetapi tidak menyucikan dari 3 perkara yang lain maka dia adalah org yg tertipu.

1. org yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. org yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia menginginkan sanjungan daripada manusia
3. org yang mengaku cinta kepada Allah, tetapi tidak berani merendahkan dirinya

jauhkanlah kami drpd sifat2 seperti begini ya Allah..ameen

Rasulullah s.a.w telah bersabda, "akan dtg waktunya umatku mencintai 5 lupa kepada 5;"

1. mereka cinta kpd dunia. tetapi lupa kpd akhirat
2. mereka cinta kpd harta benda. tetapu lupa kpd hisab
3. mereka cinta kpd makhluk. tetapi mereka lupa kpd al-khaliq
4. mereka cinta kpd dosa. tetapi mereka lupa utk bertaubat
5. mreka cinta kpd gedung2 mewah. teteapi mereka lupa kpd kubur