Kedekut??
‘hm…sayang lah nk beli bnda ni,.len kali la….’
‘mahalnya! Xda murah sket ke?!!’
‘mak cik nk mnta sedeqah ke? Nh 10cent, ckup kan makcik!??’
‘adik, buat pe nk duit? Xpayah! Nnti sruh mak beli, kakak xde duit ni!!’
‘sayang nye nk guna duit ni..huhu..smpan dulu…’
Kedekut? Ape itu kedekut? Bakhil..tidak suka memberi ape2 pun kepada sesiapa yang memerlukan dan amatlah sayangkan hartanya itu..
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Takutlah kamu
semua dengan perbuatan penganiayaan, kerana perbuatan menganiaya itu
merupakan kegelapan pada hari kiamat. Takutlah kamu semua dari
perbuatan kedekut, kerana sesungguhnya kedekut itu telah membinasakan
orang-orang (umat-umat) yang sebelummu. Kedekut itulah yang
menyebabkan mereka suka mengalirkan darah- darah sesama mereka dan
menghalalkan apa-apa yang diharamkan pada mereka."
(Riwayat Muslim)
Satu contoh yang kita dapat lihat ialah kisah Qarun dalam al-Quran kareem..
Dia amat tamakkan hartanya sehinggakan dia ditelan dek bumi..
Firman Allah taala
“Qarun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku”. Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?,” (al-Qasas: 78)
Qarun mendabik dada, enggan berkongsi harta dengan kaum Musa. Bukan sekadar itu, dia mencabar Allah SWT bila menafikan harta itu adalah amanah Allah SWT kepadanya. Akhirnya, Allah membenam Qarun dan segala hartanya ke dalam bumi. Ia adalah suatu pembalasan, bahawa harta jika gagal ditunaik haknya dengan amanah, akan membawa kebinasaan kepada diri sendiri bahkan masyarakat.
Allah SWT menambah: “Maka Kami benamkanlah Karun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya),” (al-Qasas: 81)
Inilah kebinasaan akibat kedekut. Walhal, awal-awal lagi Allah SWT sudah memberi ingat bahawa: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniaw dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,” (al-Qasas: 77)
Dewasa ini, terlalu banyak kita dengar orang ni miskin la. terlalu keji untuk dilihat, bodoh la,tamak,tetapi kita jarang melihat kepada orang yang kedekut.
Hakikatnya, kedekut itulah yang membutakan mata hati si Qarun. Maka, hari ini sifat kikir itu jugalah yang mengikis sifat ihsan diri insan dan sifat bakhil itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan. Golongan ini, melihat orang yang daif dengan pandangan naif. Pandangan yang diselubungi elemen buruk sangka dan memualkan. Lalu, kesannya hanya satu – biarkan mereka tanpa dibela. Mereka tidak layak disantuni. Mereka adalah manusia jelik yang sengaja mencari alasan demi mencuri belas ehsan orang.
Pertanyaannya, betulkah persepsi ini? Benarkah manusia yang melarat itu reda dengan kemelaratan yang menguasai diri mereka? Adakah mereka suka hidup dikelilingi kepayahan, tinggal di rumah buruk, sempit dan sesak, di kelilingi pula timbunan sampah-sarap dengan aroma memualkan. Rezeki yang dikais pagi habis, dikais petang tidak pula cukup untuk esoknya.
Manusia, baik kaya atau miskin adalah sama fitrah dan nafsunya. Manusia kaya mahu makan, miskin pun mahu makan. Si kaya mahu cantik, si kaya juga mahu cantik. Si kaya mahu kaya, si miskin juga mahu kaya. Itu adalah normal, keinginan yang dijadikan Allah SWT secara samarata kepada semua manusia.
Perhatikan firman Allah SWT: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga),” (Ali Imran: 14)
Nah! Mana mungkin orang yang terdampar di tahap kemiskinan itu tidak ingin merasa menginap di hotel lima bintang, disajikan makanan terenak di atas muka bumi, diiringi alunan irama muzik yang mendamaikan, menyarung pakaian berjenama mahal dan memiliki kereta besar serta rumah penuh kemewahan. Ini adalah keinginan yang diiktiraf oleh Allah SWT, seperti ayat di atas.
Maka, di sinilah kita perlu faham kenapa Allah SWT menjadikan kemiskinan itu sentiasa ada dalam masyarakat. Hakikatnya, Allah SWT menyatakan, miskin adalah suatu yang perlu. Perlu, sebagai neraca memastikan keseimbangan di dalam masyarakat dan menilai hati si kaya dalam mendepani mereka.
Firman Allah SWT: “Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya) ?” (al-An’am: 53)
Inilah kemiskinan, ia adalah fenomena global. Negara kaya pun ada orang miskin, apatah lagi negara miskin dan ketinggalan, maka lagilah ramai orang miskinnya. Maka, kerja orang kayalah menyantuni mereka. Memberi mereka makan agar mereka mampu terus hidup dan mencari rezeki. Memberi susu kepada anak mereka agar membesar dan kelak mampu keluar dari kemelut kepapaan. Inilah tugas orang kaya.
Maka, di sisi Allah SWT sebagai al-Khalik, sudah disediakan suatu mekanisme khas untuk menangani kondisi kaya-miskin ini. Jangan nanti, si kaya lupa daratan dan si miskin mati kelaparan. Alat bagi menjamin keseimbangan dalam masyarakat inilah yang dinamakan ‘zakat.’ Tanpanya, akan hilang keseimbangan, maka rosaklah perhubungan dan tercetuslah kegalauan.
Zakat berperanan sebagai ‘penyeimbang’. Orang-orang kaya diwajibkan memberi, orang-orang miskin dan melarat pula haknya diberi. Dua jenis ‘beri’ di sini, akan menatijahkan harmoni. Si kaya tidak jadi seperti Qarun yang lupa diri, si miskin pula terhindar daripada kekufuran yang sering menjerat diri.
Selain itu juga, sedekah juga dituntut dalam islam. Malah budaya suka member ini banyak memberi kita manfaat dan fadilatnya
Antara keutamaan sedekah
Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya."(Abu Hurairah r.anhu)
Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka." (Aishah r.anha)
Sedekah mengandungi 10 kebaikan:
Kebaikan di dunia
1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki Kebaikan di Akhirat
1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga
Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka." (Aishah r.anha)
Sedekah mengandungi 10 kebaikan:
Kebaikan di dunia
1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki Kebaikan di Akhirat
1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:
1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak
dari kalimah syahadah ketika matinya
Kaya dan miskin adalah suatu keseimbangan dalam masyarakat. Namun, kemiskinan bukanlah suatu dambaan. Jangan ada orang yang berangan-angan mahu menjadi miskin. Mewujudkan masyarakat tanpa orang miskin hendaklah diusahakan, sekurang-kurangnya kita wajib mensifarkan ‘kemiskinan jiwa.’ Inilah kemiskinan yang selalu merosakkan manusia. Miskin jiwa inilah, yang dihapuskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a, lewat usia pemerintahannya kira-kira 1000 tahun yang lalu. Catatan sejarah kegemilangan zakat yang sering disebut-sebut oleh kita semua.
Akhir kalam, saya merayu kepada anda dan saya sendiri supaya kita sama2 tidak kedekut dalam melakukan apa2 pekerjaan. Dan doakan kita semua terhindar daripada sifat bakhil ini. inshaAllah
wAllua’lam…