Wednesday, September 1, 2010

Denyut Kasih Medik



Alhamdulillah
habis juga buku ni ku baca..
hanya mengambil 3 hari je..tak lama, tetapi bagi peminat novel, mungkin sehari boleh dihabiskan, inshaAllah
buku ini memaparkan kisah hidup seorg pelajar medik dan sehinggalah menjadi HO(houseman) yg berjaya
Dr. Muslih yg bercita2 ingin menanamkan Islam sebenar dalam setiap muslim berjaya berkat usaha, doa, dan tawakal.
kepada pelajar2 medik di luar sana, saya cadangkan anda semua untuk membacanya..
semoga beroleh manfaat :)


sinopsis:

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik


Dr. Farhan dan isterinya, kak Fatimah Syarha
ku mengagumi kalian berdua....