Wednesday, March 9, 2011

Tahniah Nus ♥ Qarafi :) BarakAllah lakuma

Assalamualaikum wbt, 

Setelah lama tak menulis blog, akhirnya, rajin jugak tangan ni untuk menaipnya..hehe, 

Alhamdulillah, harap akan still rajin untuk terus menulis dan menulis. :)

Mabruk. Mabruk. Mabruk ila Nusaibah Sallehuddin Mohd Qarafi Ridhuan Tee..

Pengantin yang tersipu2 malu :O

Semoga sahabat kekal hingga syurgaNya inshaAllah..


Kawan2 pun ramai yang ambil berkat dari depa dua ni :D seronok tengok time2 cmnih..hehe


aksi Nusaibah sebelum diijabkabulkan :)

semoga mereka semua akan menjejaki langkah Nus dan Qarafi lah, iAllah.. doa2kan yer..

ana? lambat lagi~ still belasan tahun, bru belajar nak berdikari.. :)

Matlamat Sekarang----> Kearah Mensyumulkan Fardu Muslim, inshaAllah..doakan.. :)

cmne nak jadi manusia yang menepati 10 ciri2 Fardu Muslim ni? 

10 fardhu muslim

1) AQIDAH YANG SEJAHTERA (SALIMUL AQIDAH)
pegangan agama kena KUAT!
2)IBADAH YANG BETUL (SOHIHUL IBADAH)
3)AKHLAK YANG MANTAP (MATINUL KHULUK)
jaga Akhlak anda!
4)PERMIKIRAN YANG BERWIBAWA (MUTSAQQAFUL FIKR)
Al-Aqlussalim fil jismi ssalim 
5)KUAT TUBUH BADAN (QAWIYUL JISMI)
6)BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN (NAFI'UN LI GHAIRIH) 
rjin2kan meringankan tulang!
7)MAMPU MELAKUKAN GERAK KERJA (QADIRAN' ALA KASBI)
 rjin2kan mengasah minda!
8)TERATUR DALAM URUSAN (MUNAZOMAN FI SHU-UNIH) 
If u fail to plan, u plan to fail!
9)MENJAGA WAKTU (HAARISON' ALA WAQTIHI)
don't waste your time! 
10)MELAWAN HAWA NAFSU (MUJAHIDUN NAFSI)
Jauhi benda yg melalaikan!

ha! kalau dah complete benda nih baru boleh bina baitul muslim(pesanan buat diriku je).. inshaAllah..istiqamah ye!

p/s : maaf kepada tuan punye gambar..terpaksa ambil gambar di FB anda..ijinkan saye ye..
currently kat Malaysia..hehe, iAllah fli8 21hb 3 ni..




Sunday, March 6, 2011

Ikan Mengajar Erti Keimanan



Iman,
ibarat ikan di lautan,
hidup dipenuhi lingkungan garam,
bergerak merenangi kemasinan lautan,
namun kemasinan tidak memberi kesan,
tidak meresapi tubuh badan,
selagi hidup kan terus bertahan.

Iman,
ibarat ikan di lautan,
ketika ia menemui kematian,
kemasinan mudah meresapi badan,
proses osmosis memainkan peran,
bangkai lemah tidak bertahan,
akhirnya dipenuhi dengan kemasinan,

Iman,
harus terus dihidupkan,
agar terus mampu bertahan,
menapaki liku kehidupan,
merenangi lautan kerosakan,
hidupkan iman dengan amalan,
jangan matikan dengan kemaksiatan.

Iman,
cahaya dikala malam,
penyuluh dalam kegelapan,
penunjuk kepada kebenaran,
walau awan gelap mendatang,
ia akan terus memancar,
tanpa ia dimalapkan.
karya asal : SabahanMuslim