Friday, September 17, 2010

dengarlah duhai temanku sayang~

temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
dengan sebaik2 kejadian, 
cuma amalan manusia itu berbeza2,
ada yang lalai dengan angan2,
ada yg tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana Allah Maha Adil sifatNya,
kelalaian dibalas kegagalan,
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
kau diberi peluang membuat pilihan,
kau jua yang tanggung natijahnya.
" sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian"
(surah al-Tin :4)

sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
kita akan pulang kepadaNya,
hidup di dunia akan ditanya,
adakah diisi dengan sebaiknya, atau keseronokan semata2?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu sebagai bekalnya,
kelak disana rendah darjatnya.
"Allah akan mengangkat org beriman di antaramu dan org berilmu beberapa darjat"
(surah al-Mujadilah:11)

temanku,
renungilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara memenuhinya,
begitu juga diri kita,
jika tidak diisi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
diri kita perlu pengisian,
dengan ilmu dan agama,
agar hidup dekat dengaNya,
barulah hatimu tenang bahagia

ketahuilah temanku, 
kemuliaan manusia bukan pada luarannya,
tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
oleh itu, tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
"you are the best ummah"
( Ali-Imran;110)
"sesungguhnya org yang paling mulia di cc Allah adalah org yg paling bertaqwa"
(Al-Hujurat;13)
jelaskan visi perjalanan,
"ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah:201)
jadilah ilmu sebagai bekalan,
"bacalah! bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan "
(Al-Alaq; 1-2)
sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
"sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka kuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan"
(Al-Ahzab; 72)
ketinggian seseorang kerana iman,
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman"
(Ali-Imran;139)

lantaran itu, carilah redho Allah,
dengan melakukan sebaik2 amalan,
usaha x istiqomah - malas/ masa+yakin,
asas kejayaan,
"Allah tidak akan ubah sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri"
(Ar-Ra'd;11)
"jikalau mereka bersungguh2 redho dgn apa yg diberikan Allah dan rasulNya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya dan demikian pula RasulNya, sesungguhnya kami adalah org yg berharap kepada Allah, (tentulah yg demikian itu lebih baik bagi mereka)"
(At-Taubah;59)

temanku, 
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisiNya,
jika kau redho, sabar dan terus berusaha,
tapi, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
keranan pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dariNya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia2kan amanah yang beharga.

temanku,
bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau tejatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang, mencipta taufan,
berjuanglah temanku sayang!
tanpa mengenal penat jemu, 
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.

tautan hati; syair asiah yusra 
serikandi pujaan hatiku :)