Sunday, September 19, 2010

di sebalik kesibukan kota~

Alhamdulillah, syukur kerana dapat lagi bernyawa di bumi Malaysia yang indah ini..
hari ni, ana dipaksa utk menulis blog T.T, huhu

'kakak, ya Allah, tayar kreta mak pancit tu. mcm mana nak balik ni?' kata mak kepadaku.
'hm..cmne ek..xpe kot..bawak sket, pastu berhenti kat mana2 stesen minyak' balasku.
'ok jugak..' mak ku membalas.

apabila mendekati stesen minyak, ku lihat ibuku masih memacu kereta kancilnya yg kiut itu..ku endahkan shja. mgkin mak buat begitu kerana sgka sdikit shaja nk smpai ke rmah..

setibanya hadapan smk keat hwa. ibuku memberhentikan kereta, ku tanya mengapa, jawab ibuku, 'tayar pecah!'
'Astagfirullah, selamat xde pape mak, Alhamdulillah' kataku..

ku melihat sekeliling mana tau kot2 ada kedai motor ke, kedai runcit ke..kedai runcit?huu~
tanpa kusedari~ seberang jalan ada kedai motor, terus ku beritahu ibuku..then, mak pun trus ke sana..ckap pnya ckp, ada la seorang pemuda berbangsa cina datang untuk membantu menukar tayar kepada kami..Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan..

prak pung prak!
ouh dah siap ea?

hm..dengan panasnya pukul 1 tgh hari, menitik2 air peluhnya di atas bahu jalan raya..kesian juga ku tengok, apekan daya, org mencari rezeki..

'adik, berapa semua ni..penat no...15 minit jugak adik tukar tayar ni, berapa semua ni dik?' mak ku bertanya.
'biasala makcik..3 ja' katanya
'berapa? 3 puluh brp? mak ku mencari kepastian
'3 ringgit shaja' katanya.
hatiku terdetik, ya Allah murahnya..nak potong rambut dya pun xlepas..sekarang ni potong rambut dah mahal..
'nah 5 ringgit. selebihnya buat duit raya' kata ibuku sebagai sedekah.
'makcik, xnak lah..tauke tak kasi.'
ya Allah, mulianya dia ni...adakah individu muslim sepertinya ketika ini? tidak menerima walau sesen pun..jujurnya dia ya Allah...