Tuesday, July 26, 2011

Pergilah jika berani...

Engkau ingin berjuang

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan


Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan


Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan


Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang

kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan?? apa??

tepuk dada tanya Iman..





Friday, July 8, 2011

Motiques + Idris Tawfiq..

Alhamdulillah semalam sudah selesai Motiques. Motivation of Quotient Emotional & Spiritual Sense.. motivasi dah penuh, tinggal usaha, usaha & akan trus berusaha! chaiyokk! ^_^
theme :

D.U.I.T
doa.usaha.iktibar.tawakal


motivational talk disampaikan oleh en Abd Rahim Suhaini, ada terkesan dihati sekit sebanyak,..

terkesan kepada salah satu ceritanya, yang mana selama ini penyangkaan terhadap bangunan bangunan di hospital di Alex adalah duit dari pelajar Malaysia, adalah palsu semata- mata.. leeh?

boleh dikatakan mostly hospital di situ mggunakan duit sedeqah..subhanAllah, ya Allah mulianya mereka.. orang yang macam ni lah tujuan hidup straight to the akhiraahh... mmg niat utk akhirat.. & sememangnya manusia hidup ni pun utk akhirat.. sebab amalan yang kita kat dunia ni pun untuk akhirat..

Dari Abu Umamah r.a., Nabi saw. bersabda, “Wahai anak Adam, seandainya engkau berikan kelebihan dari hartamu, yang demikian itu lebih baik bagimu. Dan seandainya engkau kikir, yang demikian itu buruk bagimu. Menyimpan sekadar untuk keperluan tidaklah dicela, dan dahulukanlah orang yang menjadi tanggung jawabmu.” (Muslim)



subhanAllah. alat yang hampir sejuta pun diinfaqkan hartanya oleh seseorang, bayangkan kalau 10 orang guna dalam masa sehari, seminggu? setahun? sepuluh tahun? meskipun org tu mati, ya Allah melipat gandanya pahala yang dia dapat.. 

apa2 pun semoga istiqamah dalam amalan~

Idris tawfiq



2 hari lepas ada talk by sir Idris Tawfiq, seorang warga Canada yang memeluk agama Islam & merantau seluruh dunia untuk kembangkan Islam berdasarkan pengalaman.. subhaAllah!

byk yg dpt diambil dalam talk ' Islam and the West and Islam in the West' bunyi macam sama, tapi berbeda~ amat2 berbeza..

sir Idris berkata, Western ni ada 4 golongan
1) org yg benci Islam ( sikit bilanganya)
2) Politician 
3) Journalist yang selalu sgt mencari berita2 panas utk jatuhkan Islam (sederhana sikit)
4) people who no NOTHING about Islam ?? (MAJORITY)

yang agak tersentuh adalah yang keempat.. mereka tidak tahu apa itu Islam, 
eh, biar betul??
betul.. Western ni tak tahu menahu about Islam.. golongan ini adalah golongan MAJORITY, bukan minoriti..mashaAllah.. semoga Allah buka pintu hati dorang, 
kenapakah jadi macam ni?
sebabnya kurangkan pendaei yang akan menyebarkan dakwah Islamiyah..mereka akan lebih senang menerima dakwah dari golongan mereka sendiri..banyak sangat contoh sir bagi haritu..
habis tu kita boleh ke tak nk berdakwah kat mereka ni?
kita cuba setakat yang mampu, & mmg betul! antara orang melayu & orang putih? yang mana lita lebih percaya, inshaAllah, of course orang melayu, macam tu jugak la dgn hal ni.. :)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorankhalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)


last skali.. dia ckp Islam tu pasal ape? 1) God 2) the creations..

betul jugak kan, mmg dua2 tu ja Islam.. tugas2 makhluk terletak kat creations..so, sape yg merosakkan Islam tu sndiri, kita yg mrosakkan..padahal Islam tu tak langsung mengganas, tangan2 kotor je yang mengganaskan Islam.. betul tak?

Lastly, wish me luck utk exam akan datang.. Final 2nd year, inshaAllah..
may Allah bless us & shower us with His love inshaAllah.. :)





Friday, July 1, 2011

Sang Pencerah~

Assalamualaikum

Sang Pencerah. Filem indonesia yg berjaya membuat kita tersenyum, inshaAllah,
lalauan Ahmad Dahlan utk dakwahnya melalui gerakan Muhammadiah sangat mencabar..
semoga Islam terus mekar berkembang secara syumul, inshaAllah.

ya Allah, Ihdunassirotalmustaqim..

tunjukkanlah kami jalan2 yang benar..