Monday, April 4, 2011

Ayat Allah~

Belajar~
A177

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah BERIMANNYA seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi;mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.(Al-Baqarah; 177)


suka dgn ayat ni..byak yg terkandung walaupun dgn 1 ayat. subhanaAllah.. yang amat tersentuh di hati ialah, 'sedeqah'. sebayak manapun kita nk sedekah kat seseorang tu, Allah ajar kita kepada siapa yang patut terima sedekah tu..mengikut turutan, 
1) kaum kerabat
2) anak2 yatim
3) org2 miskin
dan sebagainya..
fikir2 balik, ramai yang adik-beradik yg xmau tolong sesama sendiri, padahal bila bab nk tolong org miskin, tolong sgt2..xpatutla camtu..ikut apa yang utama..
n ramai jugak yang xberi nafkah kepada isteri, padahal kat org yang miskin tu, punyala beria2 nak beri banyak2..memang bagus..tapi Allah ajar kita untuk mgutamakan apa yang utama..x gitu?


QISAS


A178
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:178



bila ye Malaysia nk mengamalkan qisas ni? sanggupkah kita menanggung dosa di akhirat?


A179
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:179





WASIAT

A180
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:180





A181
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:181)
A182
Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:182



PUASA

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)  

A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184

A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)


Ustazah ada cakap, ramadhan asalnya dari perkataan ramaad (ra mim dhod) maksudnya kepanasan yang teramat. kalau kat bayak2 negara, negara seperti timur tengahlah kita dapat rasa mmg macam berpuasa bulan ramadhan.. 
Alhamdulillah..teringin nak rasa juga.doakan..
input yang ana dapat harini, kaum yahudi pun berpuasa..tetepi, mereka xtahan dengan kepanasan bulan ramadhan ni, so, mereka puasa selepas bulan ramadhan. itulah yahudi. macam mana dgn nasrani? mereka pun tak puasa bulan ramadhan, so, mereka pun ambil tindakan yang sama dgn nasrani tetapi menambah lgi 10 hari (kononnya lebih baik berbanding bulan ramadhan) 
Kita? tepuk dada tanya Iman. may Allah bless us always..

A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah 2:186



Udu'nii astajib lakum.. berdoalah kepadaKu..nescaya akan Ku perkenankan kpdamu.. 




p/s: buku modul hilang tadi..doakan dapat jupe blek..T_T. Jangan harapkan kasih manusia, kerana ia belum tentu dibalas..harapkan kasih Allah..surely akan dibalas :)