Wednesday, November 10, 2010

surah Al-Baqarah

alhamdulillah..
dah mula klas Al-Quran..best2..thanks to Allah, sbb mmberi masa utk d manfaatkan..Alhamdulillah..

kali ni dh 2nd time pergi..dimulakan dgn 'qiraah' dulu, hmm..bgi pndganku, menghafal tanpa tajwid yg betul kurang afdhol berbanding tajwid yg betul then proceed with hafalan..iAllah..
smoga Allah cnsistentkan hatiku ini menuju redhoNya..

1st perjmpaan, ustazah Iman cerita psal surah Al-Baqarah...act, cari kat internet mmg xde pasal mgapa surah ni diturunkan.. secara ringkasnya.,
sapi betina di turunkan oleh Allah sbb nk menunjukkan kekuasaanNya..
pada zaman nabi Musa klau xslap, wAllahua'lam, ada seorg ni, nkkan maal seorang bapa saudaranya..malangnya, bapa saudaranya tidak boleh mewarisi kepada anaknya sbb xda anak..so, pemuda tersebut mgambil tindakan utk mmbunuh bapa saudaranya diam2..
pastu, lama kelamaan org lain pun tahu org tu dibunuh..malangnya tida siapa yg tahu sapa yg mmbunuh..

then, nabi dikehendaki utk mncari org yg mmbunuh..
so, nabi mminta kekuasaan Allah utk mmbuktikan agama kita adalah agama yg benar...jadi, Allah mnurunkan sapi betina, then mereka mnyembelih sapi tersebut, selepas memotong daging2 tersebut, dengan izin Allah, sapi itu hidup dan trus bgtau siapa yg bunuh org tu...hebat kan? 

inilah kekuasaan Allah utk mghidupkan apa yg telah mati.. 

surah Al-Baqarah~ utk bani Israel time ni...
[53]
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
[54]
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
[55]
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.