Thursday, August 22, 2013

Rentetan 30 Jun 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Pergelutan di Mesir tercetus apabila pelbagai perkara yang tidak dipersetujui antara pimpinan dan rakyat. Hal ini kerana menimbulkan huru-hara dan mencetuskan peperangan 'saudara'

Dua hari sebelum 30 Jun 2013, sudah bermula himpunan dan perarakan anti-Mursi (dimana mereka menolak Mursi, atas alasan Mursi pimpinan baru dan tidak pandai memerintah, ekonomi mereka merudum, harga barang naik, kekurangan benzene(petrol dan diesel). Mereka melakukannya di setiap negeri di Mesir tanpa melibatkan pelajar Malaysia.

Kejadian berikutnya adalah pada hari kejadian iaitu 30 Jun 2013. Mereka yang digelar sebagai Elbatogi (anti-Mursi) mula bertindak kononnya mereka penegak keadilan di negara Mesir.

Sedikit latar belakang pemerintahan di Mesir sejak setahun lepas ;

Hakikat kemelut yang berlaku adalah pertembungan antara Haq dan Batil!

"Sebelum kemenangan Dr. Muhammad Mursi, tiada yang diistilahkan dengan "aliran Islam" atau"aliran sekular" tetapi hanya dikenali "kelompok Mubarak" dan "bersama revolusi". Buktinya, pada Pilihanraya Parlimen akhir tahun 2011, Ikhwan Muslimin melalui partinya FJP telah membentuk gabungan kerjasama dipanggil "Tahaluf Ad-Dimoqrati Min ajli Misr" iaitu "Gabungan Kerjasama Demokrasi Untuk Mesir" yang terdiri daripada 11 buah parti termasuk parti-parti bukan aliran Islam seperti Parti Wawasan dan Parti Kemuliaan (Karamah).

Pada Pilihanraya Presiden yang diadakan pada bulan April 2012, maka seramai 12 calon Presiden pada pusingan pertama. Jika dilihat latarbelakang calon-calon ini maka hanya tiga orang dari aliran Islam termasuk Dr.Mursi. Adapun yang lain dari aliran sekular termasuk ketua-ketua Barisan Penyelamat, iaitu Amru Musa dan Hamdeen Sobahi. Kesemua mereka tewas pada pusingan pertama dan diumumkan hanya dua calon yang memperolehi undi tertinggi, Mursi dan Ahmed Syafiq akan berentap pada pusingan terakhir.
  • 27 Jun 2012, SPR telah mengumumkan Mursi menang dengan majoriti hampir 1 juta undi.2
  • 9 Jun 2012, Mursi mengangkat sumpah jawatan.
  • 30 Jun 2012, Majlis Tentera menyerahkan tampuk kekuasaan yang dipegang mereka selepas kejatuhan Mubarak secara rasmi kepada Mursi.
Ahmed Syafiq, bekas PM zaman Mubarak (calon Presiden yang kalah) terpalit dengan skandal terlalu banyak termasuk menyeleweng wang rakyat. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara bagi menyelamatkan diri maka destinasi yang dipilih ialah UAE (Abu Dhabi).

Pihak berkuasa Abu Dhabi bukan sahaja mengalu-alukan Syafiq tetapi lebih dari itu, melantik beliau sebagai Penasihat kepada Raja UAE.

Bermula saat itu, Abu Dhabi menjadi pengkalan baru bagi kroni Mubarak untuk meneruskan agenda menghancurkan Mesir baru di bawah Mursi.

Syafiq tidak keseorangan tetapi bersama dengan Mohammad Dahlan (bekas pimpinan Fatah Palestin) dan Ketua Tertinggi Polis Dubai Dhohi Khalfan meneruskan agenda yang dirancang.

UAE (atau Abu Dhabi dan Dubai) dijadikan 'perkakas' musuh Islam apabila menyaksikan pihak berkuasanya melucutkan kewarganegaraan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin selain menghantar pulang warga Syria yang mengadakan himpunan protes terhadap kekejaman rejim Syria di hadapan kedutaan itu di Abu Dhabi.

Ketika ulamak terkenal, Syeikh Yusuf Qardhawi lantang mengkritik rejim Bashar Al-Asad maka Dhohi Khalfan telah menggesa Interpol menangkap Qardhawi atas alasan mencetuskan huru-hara.

Selepas kemenangan Mursi, Mesir melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Halangan tersebut bukan sahaja dari dalam tetapi kini dari luar.

Yang paling nyata ketika perbincangan untuk menggubal perlembagaan negara itu hangat diperkatakan. Rakyat dan kerajaan bersepakat perlu perlembagaan yang ada yang diwarisi pada zaman Mubarak dipinda.

Kerajaan telah bersetuju melantik sebuah panel penggubal perlembagaan yang diketuai oleh seorang bekas hakim, Husam Ghiryani. Panel tersebut telah mewakili semua lapisan masyarakat bagi mewakili suara seluruh rakyat untuk menyumbang kepada pindaan perlembagaan itu. Keanggotaan mereka semua seramai 100 orang termasuk wakil tentera, Al-Azhar dan gereja.

Maka yang turut dilantik ialah parti-parti aliran sekular seperti Parti Wafd dan calon-calon Presiden yang kalah iaitu Amru Musa.
  • 4 November 2012, Amru Musa mengadakan lawatan ke Ramallah. Beliau mengadakan pertemuan sulit dengan bekas Menteri Pertahanan Israel, Tzipi Livni. Tidak diketahui apakah isi perbincangan tetapi beliau telah zahirkan dari sudut tindakan.
Sekembalinya dari Ramallah, Amru Musa bersama-sama wakil parti sekular telah menarik diri daripada Panel Penggubal perlembagaan tanpa dinyatakan sebab secara jelas. Mereka semua seramai 15 orang. Maka berbaki dalam panel tersebut 85 orang meneruskan perbincangan.
  • 14 November 2012, Israel menembak mati Ahmed Ja'abari, orang nombor dua Briged Al-Qassam di Gaza maka bermulanya serangan Israel ke atas Gaza.
Selama peperangan hampir dua minggu itu sebenarnya membawa pukulan maut kepada Israel. Zionis terlupa jika serangan yang dibuatnya pada 2008 ketika itu Mubarak memerintah Mesir tetapi 2012 Mursi yang memerintah. Maka, satu-satunya kekuatan bagi penduduk Gaza ialah pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir-Gaza tidak dibenar tutup oleh Mursi. Hasilnya, penduduk Gaza bebas keluar masuk dan misi bantuan dunia ke Gaza termasuk ubat-ubatan mencurah-curah tiba.

Tamparan makin hebat kepada Israel apabila Mursi membuat tindakan berikut;
  1. Menutup Kedutaan Mesir di Tel Aviv (sebelum itu memang Mursi sudah berhasrat menutup kedutaan cumanya tidak kena dengan masa. Ini kerana sejak zaman Anwar Sadat Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Zionis).
  2. Memanggil duta Israel ke Mesir untuk menyerahkan notis bantahan secara rasmi.
  3. Mencadangkan kepada Liga Arab untuk memanggil semua Menteri Luar mengadakan mesyuarat tergempar.
  4. Mewakilkan kepada Perdana Menteri, Dr.Hisyam Qandil menziarahi Gaza sebagai tanda sokongan Mesir kepada rakyat Gaza.
UAE meneruskan provokasi kepada Mesir apabila menangkap beberapa orang rakyat Mesir yang bertugas di Abu Dhabi dan Dubai. Jumlah mereka yang ditangkap lebih 10 orang dan disembunyikan di lokasi yang tidak diketahui. Keluarga terdekat gagal menghubungi. Pihak berkuasa UAE memberikan alasan mereka terlibat dengan gerakan bagi menubuhkan tanzim Ikhwan di UAE.

Sehingga hari ini kesemua mereka belum dibebaskan bahkan akan dihadapkan ke mahkamah UAE.

Pada akhir November 2012, panel penggubal yang diketuai oleh bekas hakim Husam Ghiryani selesai membincangkan draf pindaan. Setiap draf pindaan memerlukan kepada pungutan suara rakyat (referendum) bagi mengesahkan sama ada rakyat menerima atau menolak draf cadangan tersebut. Maka kumpulan Amru Musa telah bergabung dengan Hamdeen Sobahi dan di sini muncul watak bernama Dr.Mohammed El-Baradei, bekas Ketua Agensi Atom Antarabangsa PBB. Mereka 'tiga serangkai' menolak draf pindaan tersebut dan menubuhkan "Barisan Penyelamat" kononnya bagi menyelamatkan negara dari di"Ikhwan"kan oleh Mursi. Maka, dakyah bahawa Ikhwan sedang meng"Ikhwan"kan negara dimomokkan kepada rakyat.

Lebih dari itu, penyokong Barisan ini telah berhimpun di Istana Ittihadiyah, pejabat Mursi. tiba-tiba, kempen untuk menolak perlembagaan itu berubah kepada slogan "Irhal Ya Mursi" iaitu mendesak Mursi berundur. Kenapa terlalu jauh mereka bertindak? Sedangkan topiknya bukan Mursi tetapi perlembagaan.

Akhirnya, berlaku pertempuran dengan pemuda Ikhwan Muslimin dan anggota Barisan yang dibantu oleh perusuh (baltoji). 11 orang pemuda Ikhwan syahid di hadapan Istana Ittihadiyah.

Pada 15 November 2012, rakyat tetap turun dalam pungutan suara. Akhirnya, lebih 60 peratus pengundi menyatakan setuju kepada perlembagaan itu dan Mursi menandatangani perlembagaan tersebut untuk dikuatkuasakan.

Di sini bermula parti-parti aliran Islam menunjukkan kesatuan mereka. Jamaah Islamiyah, Parti Wasat dan Dakwah Salafiyah telah menyatakan sokongan kepada perlembagaan ini.

Sementara itu, Mursi tidak membuat keputusan bersendirian. Bagi mengelakkkan dirinya bersikap diktator seperti Mubarak, maka antara usaha awal beliau selepas menang ialah menubuhkan "Pasukan Jabatan Presiden" yang terdiri daripada 17 orang penasihat dan empat orang pembantu. Mereka ini bukan menteri kabinet tetapi di kalangan anggota pembantu beliau yang akan dijemput berbincang dan mengemukakan idea. Di kalangan mereka, dilantik wakil Kristian, wakil wanita, dari kalangan Salafi dan Ikhwan Muslimin.

Bagi mengelakkan pemerintahan diktator, beliau juga mencetuskan idea "dialog kebangsaan". Semua parti-parti politik dijemput dan mereka menyertainya. Barisan Penyelamat menolak untuk menyertai dialog ini.

Mereka kemudian menubuhkan NGO yang dinamakan "Gerakan Kebangsaan" yang mengumumkan secara jelas mereka menolak menjadikan Mesir ke arah negara berasaskan mana-mana agama.
  • 29 April 2013 mereka melancarkan "Kempen Pemberontakan" (atau Hamlah Tamarud).
Kempen ini antara lain bertujuan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dari rakyat Mesir bagi menarik balik kepercayaan daripada Mursi dan mengadakan Pilihanraya Presiden lebih awal walaupun perlembagaan baru yang diluluskan tahun lalu memberikan had tempoh kepada Presiden satu penggal selama 4 tahun dan tempoh pemerintahan Mursi sepatutnya berakhir 30 Jun 2016. Mereka turun ke dataran-dataran utama di negara bagi mengedarkan borang tandatangan kepada rakyat.

Jawatankuasa kempen ini mengumumkan sehingga 12 Mei lalu mereka berjaya mengumpulkan 2 juta tandatangan rakyat bagi mendesak pilihanraya Presiden diadakan lebih awal. Mereka mensasarkan menjelang 30 Jun nanti, sebanyak 15 juta tandatangan akan dikumpulkan iaitu melebihi undi yang diperolehi oleh Mursi dalam pusingan terakhir menentang Syafiq Jun 2012 iaitu 13 juta undi sahaja.
  • 30 Jun 2013, Tamarrud mendakwa mereka berjaya mengumpukan 20 juta tandangan.
Kumpulan Islam yang diketuai oleh Jamaah Islamiyah pula melancarkan kempen "Tajarrud"sebagai lawan kepada kempen "Tamarrud" iaitu mengumpul tandatangan rakyat bagi mempertahankan Mursi.
  • 23 Jun 2013, Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah As-Sisi menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama pegawai-pegawai tentera mengejutkan semua pihak. Beliau sebagai Ketua Majlis Tentera telah memberi masa seminggu kepada semua pihak untuk mencari noktah persamaan bagi mengelakkan krisis dalam negara.
  • 28 Jun 2013, Mursi membentangkan pencapaian beliau selama setahun selama hampir 3 jam.
  • 30 Jun 2013, lebih 2 juta penentang Mursi turun ke Tahrir dan beberapa dataran lain mendesak Mursi berundur.


  • 1 Julai 2013, menyaksikan kenyataan rasmi pertama dari tentera yang memberi kata dua dengan memberikan tempoh 48 jam kepada pihak berkuasa menerima tuntutan rakyat atau tentera terpaksa campurtangan menyusun pelan tindakan negara akan datang.
Petang 3 Julai, As-Sisi mengadakan pertemuan dengan Mohammed El-Baradei yang turut dihaidir oleh wakil Parti Nur, Syeikh Azhar Dr Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja, Pope Tawadhrox. Sisi menyampaikan ucapan dengan kehadiran wakil-wakil yang disebut mengumumkan rampasan kuasa dengan melantik Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan, Adli Mansour sebagai Presiden sementara. " 

Petikan daripada Abdul Malik, Penganalisis politik di Mesir.

Tragedi demi tragedi, Himpunan demi himpunan antara rakyat Pro- Mursi, dan Pro Tentera (anti Mursi). Setiap Jumaat, pelajar Malaysia digalakkan untuk berada di rumah kerana keadaan Mesir dilimpahi himpunan aman penentang dan penegak Mursi, Presiden Mesir yang sah!

Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan berganti bulan, tragedi berdarah berlaku di Mesir. Pembunuhan saudara umat Islam sendiri! Sunni dgn sunni. Jangan kata anda pengikut kebenaran andai sekelumit doa pun tidak disedeqahkan kepada mereka! Hikmah Allah turunkan rasul kepada orang Arab memang patut diambil iktibar. anda yang berada di Mesir akan faham maksud yang dikatakan. 

 Berikut peristiwa ini, nampaknya hidung yang berselindung disebalik bahu Amerika terang lgi bersuluh. Negara yang kita anggap pemimpin untuk kemenangan Islam, tunduk akur kepada pimpinan yahudi dan nasrani.

"Dunia terkini telah berubah kepada zaman di mana rakyat mendesak supaya suara mereka didengari dan hak mereka diberikan dengan adil. Manakala zaman kuku besi di mana sesebuah kerajaan berlagak Tuhan, rakyatnya diperhambakan pula hampir dilupa dan diletakkan dalam lipatan sejarah. 

Islam yang dibawa para Rasul adalah pendukung menentang kezaliman di sepanjang zaman. Mesir adalah bumi bersejarah berlakunya pertembungan di antara Fir’aun yang zalim berlagak Tuhan. Fir’aun itulah yang berlagak sebagai penentu rezeki rakyat, bermegah dengan pembangunan hebat, bangunannya tersergam menjadi tarikan pelancong sehingga kini. Semua pembangunan dan monumen hebat yang dibina oleh penzalim seperti Fir’aun telah dilupakan bahawa semuanya dibina di atas mayat rakyat yang di hamba-abdikan, banyaknya darah yang mengalir dan air mata yang dicurah.

Nabi Ya’akob dan puteranya Nabi Yusuf A.S. dikumpulkan di Mesir, daripada zuriatnya ramai para anbiya’, maka Mesir dinamakan bumi para anbiya’. Allah juga telah mengutuskan Rasul-Nya Musa a.s untuk melakukan Islah di bumi Mesir. Sebagai satu hikmah dari Allah, Rasul itu menjadi anak angkat yang dibesarkan di bawah mahligai Fir’aun, untuk berdepan secara langsung dengan Fir’aun paling zalim dan ganas. 

Akhirnya Fira’un dan kerajaannya tamat riwayat bersama amal zalimnya dengan khatimah buruk dilaknat mengikut perhitungan Islam, celaka dunia dan neraka di akhirat. Fir’aun inilah yang dijulang oleh golongan nasionalis Mesir sebagai tokoh tamadun yang dibanggakan.

Kedatangan Rasul akhir zaman juga membawa perubahan besar kepada Mesir sehingga menjadi pusat ilmu Islam dan gerakan Islam menentang penjajah. Kedudukannya yang berada di tempat paling penting dalam peta hubungan antarabangsa dan benua, menjadikannya sasaran kezaliman antarabangsa. Bu,I Mesir menjadi rebutan kuasa besar timur dan barat, sejak sebelum Islam, sehinggalah perang salib, zaman penjajahan, dan menjadi medan dua perang dunia dan perang dingin. 

Ketika era perang dingin ramai pemimpin gerakan Islam Ikhwan Muslimin gugur syahid di medan perang Palestin. Ketika berlakunya penubuhan negara haram Israel dan seterusnya rampasan kuasa tentera di Mesir, kalangan Ikhwan Muslimin terus menerus diburu dan dihukum. Sejarah hitam berdarah ini sedang diulangi sekali lagi. 

Semua negara kuasa besar dan sekutunya tidak memberi perhatian terhadap seluruh negara dunia seperti perhatian khusus mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Perubahan telah berlaku di negara bekas komunis dan sosialis lainnya, tetapi kepentingan kuasa besar terhadap geo-politik Mesir tentunya tersangat penting untuk mereka biarkan berlaku begitu sahaja. Mereka mengkaji dengan serius apabila Mesir menerima perubahan kepada demokrasi yang memberi hak kepada rakyat. 

Mereka memandang secara tajam dan ganas, apabila Mesir berubah setelah dicengkam regim diktator kuku besi tentera sejak beberapa dekad. Negara Barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetap mengiktiraf diktator zalim dan paling tajam kuku besinya di Mesir sejak beberapa dekad. Semuanya kerana kepentingan strategik kuasa besar terhadap sumber tenaga dan kedudukan sekutu rapat mereka negara haram Israel. Akhirnya, perubahan berlaku di Mesir mengikut musim perubahan dunia sehingga tidak mampu dihalang, sehingga Presidennya terpaksa meninggalkan kerusi dan terdedah segala jenayah dan salah laku yang terselindung dilakukan ketika berkuasa.

Apabila demokrasi dihidupkan, pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus. Bermulalah era media menjadi saksi yang adil yang diberi peluang kepada semua parti politik dan rakyat mendapat maklumat daripada semua pihak. Maka rakyat memilih kerajaan dan Presidennya secara langsung, sehingga kumpulan saki bagi penipu besar gagal menyekat pilihan rakyat. Tiba-tiba kumpulan sekular yang didokong oleh negara luar kalangan kuasa besar dan daripada kalangan negara Arab serantau, sebangsa, seagama, menolak pilihan rakyat Mesir kerana kemenangan berpihak kepada kumpulan Islam.

Rakyat Mesir pernah menjadi mangsa penipuan ketua negaranya ketika kalah perang menghadapi negara haram Israel 1967 yang memalukan, apabila ketua cawangan Parti Sosialis dan ketua kampung (JKKK) diperintah supaya mengerah  rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi dan bersedih tidak bersetuju Presidennya meletakkan jawatan kerana malu kalah perang. Kerahan dilakukan sebelum Presiden menyampaikan lagi ucapannya, satu lakonan menipu rakyat  dan seluruh dunia. 

Akhirnya terkini, diulangi lagi penipuan terbuka yang diketahui umum tanpa maruah dan rasa malu. Kali ini rakyat miskin dan bodoh dikerah lagi dengan duit upah dan kenderaan percuma, dengan  sumbangan duit negara minyak Arab yang sanggup menyumbangnya. Rakyat yang begitu sifatnya dihimpunkan di Medan Tahrir menunjuk perasaan kerana Presiden Morsi yang baru setahun dilantik tidak berjaya menyelesaikan masalah yang diadakan oleh kerajaan yang lalu sejak enam puluh tahun. Bantahan disertakan dengan kononnya jutaan tanda tangan kalangan yang sebahagiannya buta huruf dan buta akal. 

Protes itu berlaku terhadap masalah yang berakar umbi selam enam puluh tahun warisan kerajaan diktator terdahulu. Protes yang dirancangkan dengan rapi dan tersembunyi tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarya hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Morsi, itupun dalam keadaan Presiden dan kerajaannya yang masih baru, tidak dibenarkan bertindak terhadap saki baki penyangak dan penyamun lama yang masih berakar umbi dalam jentera kerajaan dan institusinya. 

Seluruh dunia menyaksikan lakonan atau drama terbuka di tengah padang di waktu siang hari yang nyata, kononnya menyokong kehendak rakyat. Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Ka’abah. Sedang negara Barat sendiri masih hati-hati membuat kenyataan.

Maka berlakulah pesanan Rasulullah s.a.w (mafhumnya), “Akan datang masanya manusia berdepan dengan tahun-tahun yang mengelirukan (musimnya tidak menentu), pelakunya dibenarkan (dipercayai) pembohong, dibohongi orang yang benar. Diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, Orang-orang yang bebal (Ruwaibidhoh) bercakap.”

“Lalu ditanya apakah maksudnya (Ruwaibidhoh)?”


Sabdanya, “Orang-orang yang terlalu jahil bercakap dalam perkara yang besar.”

Berlakunya yang disabda Rasulullah s.a.w menjawab soalan Malaikat Jibril, “Apakah tanda-tanda hampirnya Hari Kiamat (yang membinasakan seluruh alam).” 

Sabdanya, “...Dan apabila kamu melihat adanya orang-orang yang dahulunya berkaki ayam (tanpa kasut), bertelanjang, yang terlalu miskin, tiba-tiba (kaya raya) berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi.” 
Banyaklah sejarah latar belakang negara kaya raya hasil minyaknya, bagaimana mereka dahulunya dan bagaimana sekarang?

Segala yang berlaku menandakan fajar kemenangan Islam, mereka yang ditarbiyah oleh penjajah berbangga dengan sejarah Fir’aun dan melupai sejarah Nabi Musa dan para Rasul akan menerima nasib Fir’aun dunia dan akhirat. 

Islam mustahil dapat dihapuskan dengan kekalahan pilihanraya dan paksaan kerajaan tentera paling besar dan zalim. Firman Allah Taala : 


“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).”
  
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”


 
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali-Imran:137-139)

Malangnya ada kalangan yang berbahasa Al Quran mengucap tahniah bersama pemimpin negara haram Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam yang dipilih rakyat secara demokrasi, ada juga yang munafiq, menunggu dan lihat untuk berpihak kepada siapa sahaja yang menang dalam pertarungan yang berlaku.

Demikianlah Allah membahagikan manusia kepada tiga kumpulan sahaja :
  1. Beriman dan beramal soleh;
  2. Kufur menentang Islam secara nyata dan;
  3. Munafiq yang berpura-pura. " 

Karya TGHH. Selebihnya, kitalah agen penyedaran. air dikala enak dibuai mimpi, sinar bahagia dikala tangisan membelahi jiwa, dan keinsafan ketika kekufuran menjelma

tepuk dada, tanya iman. 
Seeru ala mardhatillah,
Nur Adilah Abd Hamid,
4:53 PM, 22 August 2013, Haroza villa, Kedah.

Friday, February 1, 2013

I LOVE YOU LILLAH

My Life, My Love, My Wealth, My Heart
Ohana
SCku lembah ke Syurgaku
Sahabat- Sahabat AJKT    



Dah Tahun 4?

Round internal med
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dikurniakan umur & masa sedikit sebanyak utk menulis blog. Lamanya tidak melembarkan mata pena* ke blog~

1) Seronok. 
Alhamdulillah clinical year sgt best! serious. Knowing is not enough, we must apply it. - Bruce Lee .
 Inilah masa utk kita applikasikan apa yang dah kita belajar sebelum ni. Bermula dgn tropmed. 1 day kelas yg ade round, =_=' boleh tnya roomate keadaan saya masa tu. Pengalaman yang terindah apabila diberikan soalan yg sebijik dgn soalan yg kluar exam :p hehe. Ape2 pun, semua ketentuan Allah nk membetulkan @ tidak. Doktor2 yang tak pernah kenal erti penat lelah.

intern med lagi
Intern Med? Paling besssttttt sem 1 ni kot ;) rindu doc2 yang baik, sgt pnyabar & murah utk limpahkan ilmunya.
banyak sangat belajar time ni. Kematian yg tak kenal masa, lebih cakna! & sebagainya. mmg tak sempat nak menulis time ni...

ciri2 pemuda Islam mengikut hasan albanna

1) keimanan
2) keikhlasan
3) hamasah
4) usaha 

-kalau difikirkan mmg benar 4 ciri2 ni. 

ENT? :) i'm becoming more thougher n thougher.  Blood @.@ n blood.. ya Allah, kelilingilah diriku dgn darah2. semoga tiada rasa nak syncope lgi. ameen ya rabb.

and now, ophtal :)
 

2) winter break? more and many more need to share.
Seminar, Ma3rad Kutub (masuk free, shukran makcik!), baking?

Serious. Seminar kali ni, betul2 mengubah cita2 supaya lebih terarah. Berdasarkan al-Quran & assunah.
 *banyak nak cerita ape dapat, tggu next post.. ala'malu akthar minal auqatt!
3) Cita-cita?
'Izzah, jom lepas graduate n pgalaman kita buka klinik!' 
'Er.."
'Pastu kita buka welfare hospital' Dalam hati, - lagi senang kalau suami orang kedah ;) bukak ja kat kedah, dekat2 rumah pun xpe, ajak geng2 skolah yg ramai tu. :D

Ok, dah plan smpai 20-30 tahun mendatang. Moga Allah redha. 

Kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Allahlah sebaik-baik perancang.

& akhir sekali, kalau berkisar soal jodoh. 

Dulu, bolehla cakap, muda lagi, malas fikir. tak layak fikir. Biar je mak carikan. Segan. TAKNAK!!

Kini, eh, Prof muhaya kawin tahun 1? dah dapat anak tahun 2? doc2 seminar tu sumer time students... Mereka boleh, kita? err.. 

Kini, 

kita tak boleh memisahkan agama dengan politik begitu juga study & hal-hal lain. tak kisahla isu2 ummah/diri sendiri/jodoh.

Yes, baru terfikir sebenarnya ni. Sekular. Seriously macam sekular kalau kita pisahkan semua ni.

ok, dah 0053 jumaat nnti sambung bila punya masa ;) inshaaAllah

Allahuallah <3 br="">