Friday, December 31, 2010

tahun baru masihi~

azam ku sempena tahun baru adalah seperti biasa..
islah diri
amar ma'ruf nahi mungkar pasti ditingkatkan
kekalkan sifat mahmudah
tinggalkan sifat mazmumah

semua org memikirkan azam mereka dan sangat menghajatkan supaya azam mereka dikabulkan Allah..

ttp, kita lupa.
lupa tntang sahabat kita di sana.
di mana?
nun di Gaza, Afganistan, pakistan..

azam ku tahun ni yg utama

HOPE NO MORE TERRORISM IN ISLAMIC COUNTRY



Tuesday, December 21, 2010

renungan~





Orang dahulu ada yang pandai.
Orang sekarang banyak yang pandai-pandai.

Orang dahulu belajar sampai U.
Orang sekarang pun belajar sampai u.

Qrang dahulu belajar sampai mengenal "Ujud".
Orang sekarang belajar sampai universiti.

Orang dahulu membawa "Utusan".
Orang sekarang membawa ulasan.

Orang dahulu belajar "Asal Usul".
Orang sekarang belajar usul sejarah.

Orang dahulu mengajar utamakan Ilmu dan Amanah.
Orang sekarang mengajar utamakan ilmu dan kemajuan.

Orang dahulu utamakan hidup diakhirat.
Orang sekarang utamakan hidup didunia.

Orang dahulu membawa Utusan dan Amanah.
Orang sekarang membawa tauliah dan ijazah.

Orang dahulu dan sekarang sama-sama berilmu.
Tetapi ilmu sekarang tidak sama dengan Ilmu yang "Asli".

Ilmu dunia untuk dunia.
Ilmu akhirat untuk akhirat.

Pangkat dunia untuk dunia.
Pangkat akhirat untuk dunia dan akhirat.

Bezanya orang dahulu dan sekarang.

Orang dahulu banyak benarnya. Orang sekarang banyak pandainya.

Buat renungan kita yang beragama. Buat renungan kita Umat Nabi Muhammad.

Wassallam
.