Friday, April 30, 2010

MRU n Tafakkuh

Salam..
Hari ni nak citer pasal klas tafakuh smalam…

Semlam ade mjlis iftor besar2an kat bgunan mara..alhamdulillah, suma berjln dgn baik..Alhamdulillah..
Hm, thx all..krana sudi mymbut km sbgai ttamu..terharu sgt2, layanan yg diberikan baik sekali..antara lauk yg dsediakan ialah, tomyam with rice, dessert(koktail pisanag) coklat2, lollipop pun ade..hehee, majlis tu dijalankan atas nama MRU&UPI..suasana begitu meriah apabila kita mlakan dgn sesi icebreaking,..hm…alhamdulillah, dh knal  smua 1 floor tu..
Sabda Rasulullah s.a.w, “umatku msuk syurga bknlah krn byk solat & puasa ttpi disebabkan selamatnya hati & kemurahan jiwa & kasih saying”

Tidak rugi andai kita bersahabat ukhuwah fillah krn Allah..erti myanyangi diri, itu menyanyanginya dri seksa Allah dgn mninggalkan maksiat srta b’taubat dsmping taat & ikhlas, mnakala erti myanyangi org lain pula adalah tidak menyakit seorang muslim..
Ukhuwat ibarat ikatan tali yg tidak tputus…tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah spertimana 
firman Allah s.w.t..yg bermaksud:
“Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara” (Al-Hujarat:10)

Itu adalah isi2 MRU smalam..usai je mjlis buka rmai2, kami pergi kelas tafakkuh, gurrp., kelas dah mula b4 kami dtag, anak murid jenis ape kami ni ye.,
Saya nak share something pasal klas smalam tu,tjuk smalam tu pasal niat,
sabda Rasullullah s.a.w., “innamal a’malu binniat…ila akhir..” 

Nak citer kat sini, dgn niat je, kita dah dpt pahala..tanpa mlakukan kebaikan lagi..so, ayuh rmai2 kita pasang niat, b4 melakukan kebaikan..contohnya, kita nak derma 100Le kat org minta sedekah., ttp, atas ksulitan untuk mmbuka beg duit n beg tangan, so…tak tertapailah hjatnya..XD
hm…cmne dgn pahala tu? Nk kira cmne ek? Allah berkata, pahala dgn niat shja, umpama kita buat bnda tu dan dpt pahala 700 kali gnda,! Byakkan? So, pkatla rmai2 kita pasang niat, yer..:)
ada soalan yg b4 ni, tergiang3 gk di kpala, antara solat di awal waktu ttp, sorang2 dgn solat di akhir waktu ttp jemaah, mana lbih baik?

Kalu ikot logic, rmai akan kata, awal waktu lbih penting kan? Jwab ustaz..solah berjemaah di akhir waktu adalah lbih baik…sdgkan qada secara jemaah pun xpe..

Nk ckap kat cni, bknnya suruh melewatkan solat, tp, sepatutnya kita muslim bergerak secara jemaah, so, ayuhlah ramai2 kita solat jemaah yer..=)
Setakat tu je kot..wsalam..;





Tuesday, April 27, 2010

tadi~

salam kehidupan, salam kesihatan, salam kelapangan, salam kemudaan, salam kekayaan..


gunakan 5 benda yang ada pada anda sekarang sebelum Allah menarik semula apa yg diberiNya...


" eh, amalina, knapa rmai sgt kat masjid tu?" adilah bertanya
"aahla...rmai la amalina.." balas aqilah
" hm...mcm org meninggal je..rmai yg sedih2 tu..tgok la..smpai mnangis lg.." jawab amalina dgn pnjg lebar..


12pm, dpn masjid uni baru...itulah pertama kali sy melihat seorang mayat di usung ke dalam masjid..sayu....firman Allah taala

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.


Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) 





thats was the 1st time I'm praying for that caredaver..huhu, may Allah bless him..hope so..semoga rohnya dalam kalangan org2 mukminin..amin..


Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut;



Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8) 








Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti?


Bermula daripada saat kamu menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, kamu tidak ada apa-apa lagi selain “sekujur tubuh”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, kamu akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kapan, jenazah kamu kemudiannya akan dibawa ke kuburan dalam sebuah keranda. Setelah itu, jenazah kamu akan dimasukkan ke dalam liang lahad, maka tanah akan menutupi kamu. Ini adalah kesudahan hidup seorang manusia. Mulai saat tersebut, kamu hanyalah seseorang yang namanya hanya terukir pada batu nisan di kuburan. 
Pada bulan-bulan atau tahun-tahun pertama kematianmu, kuburan kamu akan sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak ada seorang pun yang datang mengunjungi pusara kamu. Sementara itu, keluarga terdekat kamu akan mengalami kehidupan yang berbeza setelah kematian kamu. Di rumah, ruang dan tempat tidur kamu akan kosong. Bahkan setelah pengebumian jenazahmu, sebahagian barang-barang milik kamu akan disimpan di rumah; baju, kasut, dan lain-lain yang dulu menjadi milik kamu akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Barang-barang anda di pejabat akan dibuang. 



Pada awal tahun pertama kematianmu, beberapa orang masih berkabung akan pemergian kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Namun, masa yang bergerak pantas akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang kamu. Bahkan tidak lama kemudiannya, generasi baru akan muncul dan tidak ada seorang pun dari generasi kamu yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah kamu masih diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya lagi. 
Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang dikebumikan akan mengalami proses pembusukkan yang cepat. Setelah seseorang manusia itu dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selama proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tidak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.



Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi. Alangkah singkatnya, “sekujur tubuh” yang tadinya dapat dikenali; mengalami pengakhiran yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi sebahagian dari tanah. 












Monday, April 19, 2010

Assalamualaikum…hari ni nk kongsi 1 kisah..almaklumlah, baru lpas exam…heehe, tulis la blog kejap..
Trima kasih Allah, kerana telah memberiku petunjuk..ptg tdi lepas exam beria2 nk buka fcebook..balek2 tenet xdak..posa la kejap fbook..huhu..Alhamdulillah…
Sabar2~ akan ku baiki setiap kekurangan..
Kisahnya begini.. 

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata..’ ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu makan. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu,  mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
 
berkenaan dgn pengajaran pertama, apabila kita marah..tetapi ianya akan menjadi manis apabila sabar..contohnya, baru je tdi kluar jalan2 dkat manshiyah..mencari misbah..penat..cari pnya cri..xjumpa2 jgk.panas plak tu..dgn letihnya, kotak besar kat tgn..aduhh..klau sapa tgur time tu mmg nk kna marah…hm..act, sndiri pn xtaw nk marah..xreti la nk tengking2..huhu..hrp2 dijauhkan dri sfat tu…amen…tp, tdi sabar je..salah 1 cara dgn diam..jikalau tidak boleh diam, duduk(jika keadaan asal adalah berdiri) @ ambil air wudu’ jika tak boleh juga solat n baca Al-Quran..abis citer..kaji isi2 Kalamullah tu..kan senang..that’s all yg nk di kongsi stakat ni..=)


rindu lgi..

Assalamualaikum…
Now, what would I can say that..
i really miss u all..
really miss u mom, dad, sis n bro’s..
I’m sorry if I had trouble u..
Kakak tahu,
kkk tlh byk mnyusahkan mak dn ayh..dri kcil lg..
kkk tak buat tanggungjwb sebagai anak sulung..
Maafkan kkk..adik2ku..
maafkan jika ku tak mlksanakan tugasku sbgai sorg kkk,
dgn masa yg tertinggal ni..
kkk akn cuba terbaik, inshaAllah..
doakan kkk agar kkk sng mghadpi cbran dunia dan akhirat ni..
Kkk nk jadi mcm Saidatina Khadijah r.a..sggup mggadaikan segala2nya demi agama Islam..
Kkk nk jdi sperti Siti Zainab r.a..sggup mggadai CINTANYA demi agama kita tercinta..
Apa2 pun..doakan hidup kkk di sni…
Dan kkk slalu mndokan kalian d sana..
Jgnlah mengeluh jika ujian menimpa..tetapi bersabarlah..
‘innAllaha ma’assobirin’..

dumyat

Alhamdulillah.. segala2nya telah berjalan lancar…walaupun hanya 2 hari 1 malam jaulah berlangsung, tetapi ia tetap mmberi kesan yang mendalam.. pelbagai pahit manis kami dapat rasa.. pelbagai cabaran dan dugaan yg harus kami tempuhi…sedikit sebayak dapat meneguhkan iman kami..insyaAllah..
Jaulah ila ghamansah dumyatt disertai  student2  dari muhafazah2 tanta, mansura, alazhar dan iskandariyah..seorang pelajar thun 1 sbgai pengarahnya(tak igat nma), mnakala timbalan pgerusi, nabilla azib( kwn upm dlu) hehe..

Hari khamis 25/3/10
Usai shaja lecture, kami trus bergarak mnuju ke stesen tramco(pndai2 ja letak nama) hee~ act..dsebabkan lect b ada tgh hari, kmi smua msuk lec A..ksian dorang..huhu, trima ja la noe..perjalan bermula apabila kmi smua mnuju ke tanta..2 jam perjalann tue..pnat oo…pelbagi ragam yg dpt disaksikan oleh kami..maklumlah, org arab la katakan…
Smpainya kmi di sana kmi trus bergerak ke….tmpat yg di tuju…iaitu dummyat.دمياط… hehe,
Masuk2 jer..mcm sbuah bndar yg ditinggalkan.ye..bgunan byk..tp, org lngsung xnmpak…”erm…musim summer bru rmai org kot, iyelah…nnti dtglah plncong…” bisikku..cntik2 n begitu unik bgunan2 tu…betul., smpai ade yg buat replica boat, di rooftop..haiya~ apekah motifnya etu ha??sape tau, gtaw r..bley kongsi2 sket..hee
Rumahnya seperti yg ku jangkakan..almaklumlah, xde org kn..huhu..boleh la lgi tidor..mlm tu kmi wat activity, antaranya sejenak bersama al-Quran..kak2 masura yg mgendalikan act ni…bez..byk perkongsian yg kami dpt..antaranya…tujuan kita hidop kat muka bumi ni, ada dlm durah al-imram..untuk mnjadi khalifah Allah..dn byk lgi…cerita nnti xabis la~ hee

Jumaat..
Pengembaraan bermula~ hee, ape lagi redah pantai la..hek3, bes sgt..mcm2 activity kmi main…dptla pulak group Monyet~ haih…mcm2 gelagat..hek3, pape pun..bez r..congrats muyet coz dpt no 2!! Munyet mumtaz munyet menang! Yeahh..=) chaiyok2…korang tahu knp kmi mng? sbb ukhuwah antara kami yg mnguatkan diri kmi..
pelbagai act.2 yg disediakan ummi..voley ball, build da castle, galah panjang..ect2~ bes sgt..mmg lma btol xpegi main..hehe...

pgajaran, 
kita hidup bukan seorang, kita hidup bersama orang, kerjasama itu penting, kwan itu pnting, tanpa kawan sapelah kita..