Thursday, August 22, 2013

Rentetan 30 Jun 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Pergelutan di Mesir tercetus apabila pelbagai perkara yang tidak dipersetujui antara pimpinan dan rakyat. Hal ini kerana menimbulkan huru-hara dan mencetuskan peperangan 'saudara'

Dua hari sebelum 30 Jun 2013, sudah bermula himpunan dan perarakan anti-Mursi (dimana mereka menolak Mursi, atas alasan Mursi pimpinan baru dan tidak pandai memerintah, ekonomi mereka merudum, harga barang naik, kekurangan benzene(petrol dan diesel). Mereka melakukannya di setiap negeri di Mesir tanpa melibatkan pelajar Malaysia.

Kejadian berikutnya adalah pada hari kejadian iaitu 30 Jun 2013. Mereka yang digelar sebagai Elbatogi (anti-Mursi) mula bertindak kononnya mereka penegak keadilan di negara Mesir.

Sedikit latar belakang pemerintahan di Mesir sejak setahun lepas ;

Hakikat kemelut yang berlaku adalah pertembungan antara Haq dan Batil!

"Sebelum kemenangan Dr. Muhammad Mursi, tiada yang diistilahkan dengan "aliran Islam" atau"aliran sekular" tetapi hanya dikenali "kelompok Mubarak" dan "bersama revolusi". Buktinya, pada Pilihanraya Parlimen akhir tahun 2011, Ikhwan Muslimin melalui partinya FJP telah membentuk gabungan kerjasama dipanggil "Tahaluf Ad-Dimoqrati Min ajli Misr" iaitu "Gabungan Kerjasama Demokrasi Untuk Mesir" yang terdiri daripada 11 buah parti termasuk parti-parti bukan aliran Islam seperti Parti Wawasan dan Parti Kemuliaan (Karamah).

Pada Pilihanraya Presiden yang diadakan pada bulan April 2012, maka seramai 12 calon Presiden pada pusingan pertama. Jika dilihat latarbelakang calon-calon ini maka hanya tiga orang dari aliran Islam termasuk Dr.Mursi. Adapun yang lain dari aliran sekular termasuk ketua-ketua Barisan Penyelamat, iaitu Amru Musa dan Hamdeen Sobahi. Kesemua mereka tewas pada pusingan pertama dan diumumkan hanya dua calon yang memperolehi undi tertinggi, Mursi dan Ahmed Syafiq akan berentap pada pusingan terakhir.
  • 27 Jun 2012, SPR telah mengumumkan Mursi menang dengan majoriti hampir 1 juta undi.2
  • 9 Jun 2012, Mursi mengangkat sumpah jawatan.
  • 30 Jun 2012, Majlis Tentera menyerahkan tampuk kekuasaan yang dipegang mereka selepas kejatuhan Mubarak secara rasmi kepada Mursi.
Ahmed Syafiq, bekas PM zaman Mubarak (calon Presiden yang kalah) terpalit dengan skandal terlalu banyak termasuk menyeleweng wang rakyat. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara bagi menyelamatkan diri maka destinasi yang dipilih ialah UAE (Abu Dhabi).

Pihak berkuasa Abu Dhabi bukan sahaja mengalu-alukan Syafiq tetapi lebih dari itu, melantik beliau sebagai Penasihat kepada Raja UAE.

Bermula saat itu, Abu Dhabi menjadi pengkalan baru bagi kroni Mubarak untuk meneruskan agenda menghancurkan Mesir baru di bawah Mursi.

Syafiq tidak keseorangan tetapi bersama dengan Mohammad Dahlan (bekas pimpinan Fatah Palestin) dan Ketua Tertinggi Polis Dubai Dhohi Khalfan meneruskan agenda yang dirancang.

UAE (atau Abu Dhabi dan Dubai) dijadikan 'perkakas' musuh Islam apabila menyaksikan pihak berkuasanya melucutkan kewarganegaraan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin selain menghantar pulang warga Syria yang mengadakan himpunan protes terhadap kekejaman rejim Syria di hadapan kedutaan itu di Abu Dhabi.

Ketika ulamak terkenal, Syeikh Yusuf Qardhawi lantang mengkritik rejim Bashar Al-Asad maka Dhohi Khalfan telah menggesa Interpol menangkap Qardhawi atas alasan mencetuskan huru-hara.

Selepas kemenangan Mursi, Mesir melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Halangan tersebut bukan sahaja dari dalam tetapi kini dari luar.

Yang paling nyata ketika perbincangan untuk menggubal perlembagaan negara itu hangat diperkatakan. Rakyat dan kerajaan bersepakat perlu perlembagaan yang ada yang diwarisi pada zaman Mubarak dipinda.

Kerajaan telah bersetuju melantik sebuah panel penggubal perlembagaan yang diketuai oleh seorang bekas hakim, Husam Ghiryani. Panel tersebut telah mewakili semua lapisan masyarakat bagi mewakili suara seluruh rakyat untuk menyumbang kepada pindaan perlembagaan itu. Keanggotaan mereka semua seramai 100 orang termasuk wakil tentera, Al-Azhar dan gereja.

Maka yang turut dilantik ialah parti-parti aliran sekular seperti Parti Wafd dan calon-calon Presiden yang kalah iaitu Amru Musa.
  • 4 November 2012, Amru Musa mengadakan lawatan ke Ramallah. Beliau mengadakan pertemuan sulit dengan bekas Menteri Pertahanan Israel, Tzipi Livni. Tidak diketahui apakah isi perbincangan tetapi beliau telah zahirkan dari sudut tindakan.
Sekembalinya dari Ramallah, Amru Musa bersama-sama wakil parti sekular telah menarik diri daripada Panel Penggubal perlembagaan tanpa dinyatakan sebab secara jelas. Mereka semua seramai 15 orang. Maka berbaki dalam panel tersebut 85 orang meneruskan perbincangan.
  • 14 November 2012, Israel menembak mati Ahmed Ja'abari, orang nombor dua Briged Al-Qassam di Gaza maka bermulanya serangan Israel ke atas Gaza.
Selama peperangan hampir dua minggu itu sebenarnya membawa pukulan maut kepada Israel. Zionis terlupa jika serangan yang dibuatnya pada 2008 ketika itu Mubarak memerintah Mesir tetapi 2012 Mursi yang memerintah. Maka, satu-satunya kekuatan bagi penduduk Gaza ialah pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir-Gaza tidak dibenar tutup oleh Mursi. Hasilnya, penduduk Gaza bebas keluar masuk dan misi bantuan dunia ke Gaza termasuk ubat-ubatan mencurah-curah tiba.

Tamparan makin hebat kepada Israel apabila Mursi membuat tindakan berikut;
  1. Menutup Kedutaan Mesir di Tel Aviv (sebelum itu memang Mursi sudah berhasrat menutup kedutaan cumanya tidak kena dengan masa. Ini kerana sejak zaman Anwar Sadat Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Zionis).
  2. Memanggil duta Israel ke Mesir untuk menyerahkan notis bantahan secara rasmi.
  3. Mencadangkan kepada Liga Arab untuk memanggil semua Menteri Luar mengadakan mesyuarat tergempar.
  4. Mewakilkan kepada Perdana Menteri, Dr.Hisyam Qandil menziarahi Gaza sebagai tanda sokongan Mesir kepada rakyat Gaza.
UAE meneruskan provokasi kepada Mesir apabila menangkap beberapa orang rakyat Mesir yang bertugas di Abu Dhabi dan Dubai. Jumlah mereka yang ditangkap lebih 10 orang dan disembunyikan di lokasi yang tidak diketahui. Keluarga terdekat gagal menghubungi. Pihak berkuasa UAE memberikan alasan mereka terlibat dengan gerakan bagi menubuhkan tanzim Ikhwan di UAE.

Sehingga hari ini kesemua mereka belum dibebaskan bahkan akan dihadapkan ke mahkamah UAE.

Pada akhir November 2012, panel penggubal yang diketuai oleh bekas hakim Husam Ghiryani selesai membincangkan draf pindaan. Setiap draf pindaan memerlukan kepada pungutan suara rakyat (referendum) bagi mengesahkan sama ada rakyat menerima atau menolak draf cadangan tersebut. Maka kumpulan Amru Musa telah bergabung dengan Hamdeen Sobahi dan di sini muncul watak bernama Dr.Mohammed El-Baradei, bekas Ketua Agensi Atom Antarabangsa PBB. Mereka 'tiga serangkai' menolak draf pindaan tersebut dan menubuhkan "Barisan Penyelamat" kononnya bagi menyelamatkan negara dari di"Ikhwan"kan oleh Mursi. Maka, dakyah bahawa Ikhwan sedang meng"Ikhwan"kan negara dimomokkan kepada rakyat.

Lebih dari itu, penyokong Barisan ini telah berhimpun di Istana Ittihadiyah, pejabat Mursi. tiba-tiba, kempen untuk menolak perlembagaan itu berubah kepada slogan "Irhal Ya Mursi" iaitu mendesak Mursi berundur. Kenapa terlalu jauh mereka bertindak? Sedangkan topiknya bukan Mursi tetapi perlembagaan.

Akhirnya, berlaku pertempuran dengan pemuda Ikhwan Muslimin dan anggota Barisan yang dibantu oleh perusuh (baltoji). 11 orang pemuda Ikhwan syahid di hadapan Istana Ittihadiyah.

Pada 15 November 2012, rakyat tetap turun dalam pungutan suara. Akhirnya, lebih 60 peratus pengundi menyatakan setuju kepada perlembagaan itu dan Mursi menandatangani perlembagaan tersebut untuk dikuatkuasakan.

Di sini bermula parti-parti aliran Islam menunjukkan kesatuan mereka. Jamaah Islamiyah, Parti Wasat dan Dakwah Salafiyah telah menyatakan sokongan kepada perlembagaan ini.

Sementara itu, Mursi tidak membuat keputusan bersendirian. Bagi mengelakkkan dirinya bersikap diktator seperti Mubarak, maka antara usaha awal beliau selepas menang ialah menubuhkan "Pasukan Jabatan Presiden" yang terdiri daripada 17 orang penasihat dan empat orang pembantu. Mereka ini bukan menteri kabinet tetapi di kalangan anggota pembantu beliau yang akan dijemput berbincang dan mengemukakan idea. Di kalangan mereka, dilantik wakil Kristian, wakil wanita, dari kalangan Salafi dan Ikhwan Muslimin.

Bagi mengelakkan pemerintahan diktator, beliau juga mencetuskan idea "dialog kebangsaan". Semua parti-parti politik dijemput dan mereka menyertainya. Barisan Penyelamat menolak untuk menyertai dialog ini.

Mereka kemudian menubuhkan NGO yang dinamakan "Gerakan Kebangsaan" yang mengumumkan secara jelas mereka menolak menjadikan Mesir ke arah negara berasaskan mana-mana agama.
  • 29 April 2013 mereka melancarkan "Kempen Pemberontakan" (atau Hamlah Tamarud).
Kempen ini antara lain bertujuan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dari rakyat Mesir bagi menarik balik kepercayaan daripada Mursi dan mengadakan Pilihanraya Presiden lebih awal walaupun perlembagaan baru yang diluluskan tahun lalu memberikan had tempoh kepada Presiden satu penggal selama 4 tahun dan tempoh pemerintahan Mursi sepatutnya berakhir 30 Jun 2016. Mereka turun ke dataran-dataran utama di negara bagi mengedarkan borang tandatangan kepada rakyat.

Jawatankuasa kempen ini mengumumkan sehingga 12 Mei lalu mereka berjaya mengumpulkan 2 juta tandatangan rakyat bagi mendesak pilihanraya Presiden diadakan lebih awal. Mereka mensasarkan menjelang 30 Jun nanti, sebanyak 15 juta tandatangan akan dikumpulkan iaitu melebihi undi yang diperolehi oleh Mursi dalam pusingan terakhir menentang Syafiq Jun 2012 iaitu 13 juta undi sahaja.
  • 30 Jun 2013, Tamarrud mendakwa mereka berjaya mengumpukan 20 juta tandangan.
Kumpulan Islam yang diketuai oleh Jamaah Islamiyah pula melancarkan kempen "Tajarrud"sebagai lawan kepada kempen "Tamarrud" iaitu mengumpul tandatangan rakyat bagi mempertahankan Mursi.
  • 23 Jun 2013, Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah As-Sisi menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama pegawai-pegawai tentera mengejutkan semua pihak. Beliau sebagai Ketua Majlis Tentera telah memberi masa seminggu kepada semua pihak untuk mencari noktah persamaan bagi mengelakkan krisis dalam negara.
  • 28 Jun 2013, Mursi membentangkan pencapaian beliau selama setahun selama hampir 3 jam.
  • 30 Jun 2013, lebih 2 juta penentang Mursi turun ke Tahrir dan beberapa dataran lain mendesak Mursi berundur.


  • 1 Julai 2013, menyaksikan kenyataan rasmi pertama dari tentera yang memberi kata dua dengan memberikan tempoh 48 jam kepada pihak berkuasa menerima tuntutan rakyat atau tentera terpaksa campurtangan menyusun pelan tindakan negara akan datang.
Petang 3 Julai, As-Sisi mengadakan pertemuan dengan Mohammed El-Baradei yang turut dihaidir oleh wakil Parti Nur, Syeikh Azhar Dr Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja, Pope Tawadhrox. Sisi menyampaikan ucapan dengan kehadiran wakil-wakil yang disebut mengumumkan rampasan kuasa dengan melantik Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan, Adli Mansour sebagai Presiden sementara. " 

Petikan daripada Abdul Malik, Penganalisis politik di Mesir.

Tragedi demi tragedi, Himpunan demi himpunan antara rakyat Pro- Mursi, dan Pro Tentera (anti Mursi). Setiap Jumaat, pelajar Malaysia digalakkan untuk berada di rumah kerana keadaan Mesir dilimpahi himpunan aman penentang dan penegak Mursi, Presiden Mesir yang sah!

Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan berganti bulan, tragedi berdarah berlaku di Mesir. Pembunuhan saudara umat Islam sendiri! Sunni dgn sunni. Jangan kata anda pengikut kebenaran andai sekelumit doa pun tidak disedeqahkan kepada mereka! Hikmah Allah turunkan rasul kepada orang Arab memang patut diambil iktibar. anda yang berada di Mesir akan faham maksud yang dikatakan. 

 Berikut peristiwa ini, nampaknya hidung yang berselindung disebalik bahu Amerika terang lgi bersuluh. Negara yang kita anggap pemimpin untuk kemenangan Islam, tunduk akur kepada pimpinan yahudi dan nasrani.

"Dunia terkini telah berubah kepada zaman di mana rakyat mendesak supaya suara mereka didengari dan hak mereka diberikan dengan adil. Manakala zaman kuku besi di mana sesebuah kerajaan berlagak Tuhan, rakyatnya diperhambakan pula hampir dilupa dan diletakkan dalam lipatan sejarah. 

Islam yang dibawa para Rasul adalah pendukung menentang kezaliman di sepanjang zaman. Mesir adalah bumi bersejarah berlakunya pertembungan di antara Fir’aun yang zalim berlagak Tuhan. Fir’aun itulah yang berlagak sebagai penentu rezeki rakyat, bermegah dengan pembangunan hebat, bangunannya tersergam menjadi tarikan pelancong sehingga kini. Semua pembangunan dan monumen hebat yang dibina oleh penzalim seperti Fir’aun telah dilupakan bahawa semuanya dibina di atas mayat rakyat yang di hamba-abdikan, banyaknya darah yang mengalir dan air mata yang dicurah.

Nabi Ya’akob dan puteranya Nabi Yusuf A.S. dikumpulkan di Mesir, daripada zuriatnya ramai para anbiya’, maka Mesir dinamakan bumi para anbiya’. Allah juga telah mengutuskan Rasul-Nya Musa a.s untuk melakukan Islah di bumi Mesir. Sebagai satu hikmah dari Allah, Rasul itu menjadi anak angkat yang dibesarkan di bawah mahligai Fir’aun, untuk berdepan secara langsung dengan Fir’aun paling zalim dan ganas. 

Akhirnya Fira’un dan kerajaannya tamat riwayat bersama amal zalimnya dengan khatimah buruk dilaknat mengikut perhitungan Islam, celaka dunia dan neraka di akhirat. Fir’aun inilah yang dijulang oleh golongan nasionalis Mesir sebagai tokoh tamadun yang dibanggakan.

Kedatangan Rasul akhir zaman juga membawa perubahan besar kepada Mesir sehingga menjadi pusat ilmu Islam dan gerakan Islam menentang penjajah. Kedudukannya yang berada di tempat paling penting dalam peta hubungan antarabangsa dan benua, menjadikannya sasaran kezaliman antarabangsa. Bu,I Mesir menjadi rebutan kuasa besar timur dan barat, sejak sebelum Islam, sehinggalah perang salib, zaman penjajahan, dan menjadi medan dua perang dunia dan perang dingin. 

Ketika era perang dingin ramai pemimpin gerakan Islam Ikhwan Muslimin gugur syahid di medan perang Palestin. Ketika berlakunya penubuhan negara haram Israel dan seterusnya rampasan kuasa tentera di Mesir, kalangan Ikhwan Muslimin terus menerus diburu dan dihukum. Sejarah hitam berdarah ini sedang diulangi sekali lagi. 

Semua negara kuasa besar dan sekutunya tidak memberi perhatian terhadap seluruh negara dunia seperti perhatian khusus mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Perubahan telah berlaku di negara bekas komunis dan sosialis lainnya, tetapi kepentingan kuasa besar terhadap geo-politik Mesir tentunya tersangat penting untuk mereka biarkan berlaku begitu sahaja. Mereka mengkaji dengan serius apabila Mesir menerima perubahan kepada demokrasi yang memberi hak kepada rakyat. 

Mereka memandang secara tajam dan ganas, apabila Mesir berubah setelah dicengkam regim diktator kuku besi tentera sejak beberapa dekad. Negara Barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetap mengiktiraf diktator zalim dan paling tajam kuku besinya di Mesir sejak beberapa dekad. Semuanya kerana kepentingan strategik kuasa besar terhadap sumber tenaga dan kedudukan sekutu rapat mereka negara haram Israel. Akhirnya, perubahan berlaku di Mesir mengikut musim perubahan dunia sehingga tidak mampu dihalang, sehingga Presidennya terpaksa meninggalkan kerusi dan terdedah segala jenayah dan salah laku yang terselindung dilakukan ketika berkuasa.

Apabila demokrasi dihidupkan, pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus. Bermulalah era media menjadi saksi yang adil yang diberi peluang kepada semua parti politik dan rakyat mendapat maklumat daripada semua pihak. Maka rakyat memilih kerajaan dan Presidennya secara langsung, sehingga kumpulan saki bagi penipu besar gagal menyekat pilihan rakyat. Tiba-tiba kumpulan sekular yang didokong oleh negara luar kalangan kuasa besar dan daripada kalangan negara Arab serantau, sebangsa, seagama, menolak pilihan rakyat Mesir kerana kemenangan berpihak kepada kumpulan Islam.

Rakyat Mesir pernah menjadi mangsa penipuan ketua negaranya ketika kalah perang menghadapi negara haram Israel 1967 yang memalukan, apabila ketua cawangan Parti Sosialis dan ketua kampung (JKKK) diperintah supaya mengerah  rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi dan bersedih tidak bersetuju Presidennya meletakkan jawatan kerana malu kalah perang. Kerahan dilakukan sebelum Presiden menyampaikan lagi ucapannya, satu lakonan menipu rakyat  dan seluruh dunia. 

Akhirnya terkini, diulangi lagi penipuan terbuka yang diketahui umum tanpa maruah dan rasa malu. Kali ini rakyat miskin dan bodoh dikerah lagi dengan duit upah dan kenderaan percuma, dengan  sumbangan duit negara minyak Arab yang sanggup menyumbangnya. Rakyat yang begitu sifatnya dihimpunkan di Medan Tahrir menunjuk perasaan kerana Presiden Morsi yang baru setahun dilantik tidak berjaya menyelesaikan masalah yang diadakan oleh kerajaan yang lalu sejak enam puluh tahun. Bantahan disertakan dengan kononnya jutaan tanda tangan kalangan yang sebahagiannya buta huruf dan buta akal. 

Protes itu berlaku terhadap masalah yang berakar umbi selam enam puluh tahun warisan kerajaan diktator terdahulu. Protes yang dirancangkan dengan rapi dan tersembunyi tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarya hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Morsi, itupun dalam keadaan Presiden dan kerajaannya yang masih baru, tidak dibenarkan bertindak terhadap saki baki penyangak dan penyamun lama yang masih berakar umbi dalam jentera kerajaan dan institusinya. 

Seluruh dunia menyaksikan lakonan atau drama terbuka di tengah padang di waktu siang hari yang nyata, kononnya menyokong kehendak rakyat. Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Ka’abah. Sedang negara Barat sendiri masih hati-hati membuat kenyataan.

Maka berlakulah pesanan Rasulullah s.a.w (mafhumnya), “Akan datang masanya manusia berdepan dengan tahun-tahun yang mengelirukan (musimnya tidak menentu), pelakunya dibenarkan (dipercayai) pembohong, dibohongi orang yang benar. Diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, Orang-orang yang bebal (Ruwaibidhoh) bercakap.”

“Lalu ditanya apakah maksudnya (Ruwaibidhoh)?”


Sabdanya, “Orang-orang yang terlalu jahil bercakap dalam perkara yang besar.”

Berlakunya yang disabda Rasulullah s.a.w menjawab soalan Malaikat Jibril, “Apakah tanda-tanda hampirnya Hari Kiamat (yang membinasakan seluruh alam).” 

Sabdanya, “...Dan apabila kamu melihat adanya orang-orang yang dahulunya berkaki ayam (tanpa kasut), bertelanjang, yang terlalu miskin, tiba-tiba (kaya raya) berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi.” 
Banyaklah sejarah latar belakang negara kaya raya hasil minyaknya, bagaimana mereka dahulunya dan bagaimana sekarang?

Segala yang berlaku menandakan fajar kemenangan Islam, mereka yang ditarbiyah oleh penjajah berbangga dengan sejarah Fir’aun dan melupai sejarah Nabi Musa dan para Rasul akan menerima nasib Fir’aun dunia dan akhirat. 

Islam mustahil dapat dihapuskan dengan kekalahan pilihanraya dan paksaan kerajaan tentera paling besar dan zalim. Firman Allah Taala : 


“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).”
  
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”


 
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali-Imran:137-139)

Malangnya ada kalangan yang berbahasa Al Quran mengucap tahniah bersama pemimpin negara haram Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam yang dipilih rakyat secara demokrasi, ada juga yang munafiq, menunggu dan lihat untuk berpihak kepada siapa sahaja yang menang dalam pertarungan yang berlaku.

Demikianlah Allah membahagikan manusia kepada tiga kumpulan sahaja :
  1. Beriman dan beramal soleh;
  2. Kufur menentang Islam secara nyata dan;
  3. Munafiq yang berpura-pura. " 

Karya TGHH. Selebihnya, kitalah agen penyedaran. air dikala enak dibuai mimpi, sinar bahagia dikala tangisan membelahi jiwa, dan keinsafan ketika kekufuran menjelma

tepuk dada, tanya iman. 
Seeru ala mardhatillah,
Nur Adilah Abd Hamid,
4:53 PM, 22 August 2013, Haroza villa, Kedah.

Friday, February 1, 2013

I LOVE YOU LILLAH

My Life, My Love, My Wealth, My Heart
Ohana
SCku lembah ke Syurgaku
Sahabat- Sahabat AJKT    



Dah Tahun 4?

Round internal med
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dikurniakan umur & masa sedikit sebanyak utk menulis blog. Lamanya tidak melembarkan mata pena* ke blog~

1) Seronok. 
Alhamdulillah clinical year sgt best! serious. Knowing is not enough, we must apply it. - Bruce Lee .
 Inilah masa utk kita applikasikan apa yang dah kita belajar sebelum ni. Bermula dgn tropmed. 1 day kelas yg ade round, =_=' boleh tnya roomate keadaan saya masa tu. Pengalaman yang terindah apabila diberikan soalan yg sebijik dgn soalan yg kluar exam :p hehe. Ape2 pun, semua ketentuan Allah nk membetulkan @ tidak. Doktor2 yang tak pernah kenal erti penat lelah.

intern med lagi
Intern Med? Paling besssttttt sem 1 ni kot ;) rindu doc2 yang baik, sgt pnyabar & murah utk limpahkan ilmunya.
banyak sangat belajar time ni. Kematian yg tak kenal masa, lebih cakna! & sebagainya. mmg tak sempat nak menulis time ni...

ciri2 pemuda Islam mengikut hasan albanna

1) keimanan
2) keikhlasan
3) hamasah
4) usaha 

-kalau difikirkan mmg benar 4 ciri2 ni. 

ENT? :) i'm becoming more thougher n thougher.  Blood @.@ n blood.. ya Allah, kelilingilah diriku dgn darah2. semoga tiada rasa nak syncope lgi. ameen ya rabb.

and now, ophtal :)
 

2) winter break? more and many more need to share.
Seminar, Ma3rad Kutub (masuk free, shukran makcik!), baking?

Serious. Seminar kali ni, betul2 mengubah cita2 supaya lebih terarah. Berdasarkan al-Quran & assunah.
 *banyak nak cerita ape dapat, tggu next post.. ala'malu akthar minal auqatt!
3) Cita-cita?
'Izzah, jom lepas graduate n pgalaman kita buka klinik!' 
'Er.."
'Pastu kita buka welfare hospital' Dalam hati, - lagi senang kalau suami orang kedah ;) bukak ja kat kedah, dekat2 rumah pun xpe, ajak geng2 skolah yg ramai tu. :D

Ok, dah plan smpai 20-30 tahun mendatang. Moga Allah redha. 

Kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Allahlah sebaik-baik perancang.

& akhir sekali, kalau berkisar soal jodoh. 

Dulu, bolehla cakap, muda lagi, malas fikir. tak layak fikir. Biar je mak carikan. Segan. TAKNAK!!

Kini, eh, Prof muhaya kawin tahun 1? dah dapat anak tahun 2? doc2 seminar tu sumer time students... Mereka boleh, kita? err.. 

Kini, 

kita tak boleh memisahkan agama dengan politik begitu juga study & hal-hal lain. tak kisahla isu2 ummah/diri sendiri/jodoh.

Yes, baru terfikir sebenarnya ni. Sekular. Seriously macam sekular kalau kita pisahkan semua ni.

ok, dah 0053 jumaat nnti sambung bila punya masa ;) inshaaAllah

Allahuallah <3 br="">

Friday, August 10, 2012

Yahoo! Beijing(Part 1)

Bismillah, InshaAllah, malam ni nak share sedikit sebanyak ape yang kami (peserta) 
Y!Beijing dapat. 

Alhamdulillah, terasa terisi cuti beberapa hari ini dengan aktiviti berfaedah, alhamdulillah.
Restu ibubapa itulah sebenarnya lebih baik

Akhawat, sesungguhnya keluarmu daripada rumah, Para Syaitan akan menutupi wajahmu, memperhiaskan dirimu supaya senang mendapat fitnah. - Hadis
Oleh itu, jagalah diri sebaik mungkin, supaya kita tidak terpedaya oleh tipu daya Syaitan. 

Back To Topics.



Yahoo! @Beijing atau dikenali sebagai Nadwah Kepimpinan oleh Kerajaan Negeri, yang dirasmikan oleh Exco Negeri Kelantan. 

Seramai 120 orang peserta yang terlibat melibatkan Mahasiswa PERUBATAN di seluruh pelusuk muhafazah di Mesir. (ayat skema :p)

Secara Ringkasnya :

Hari Pertama

Sampai-sampai ada 'kakak' bagi penjelasan sedikit sebanyak tentang keadaan semasa Negeri Kelantan :)
-realitiversusfantasitakberanicakaplebihnantikena-

Slot Pertama oleh Dr. Harmy

Lebih kepada Skill. The Skills (consultg, clinical, diagnostic,management, commu,educative, therapeutic,concern & more,)to
comfort, even the distace btwn patients pn, we have to know better. Bila nak pakai Open/Close question, the consultation pun ada terbahagi kepada beberapa part, 1st, 2nd, 3rd.
The beginning what to do, tengah2, n ending - Doc cakap yg ni kita akan belajar, inshaAllah. yang ni cuma pendedahan awal shj. Jgn risau kawan-kawan! :)

The Facilitation & Listening. We can listen people not only with ears, but eyes, touch & feelings - try it, you will know it inshaAllah.

2nd Slot oleh Dr Khaled (Misi Bantuan bersama SMS di Palestin)

[Fiqh Perubatan - Maqasid Syari'ah byk yg digunapakai oleh para doktor utk menangani masalah2 yang berkaitan,tp, tak semua yg tahu. Kitalah(bakal graduan Mesir) yg patut memberitahu.

Penggunaan GPL(sublingual pnya drug - boleh dipakai ketika puasa sbb tak melibatkan GIT system, dia diabsorb tru mucosa- boleh rujuk web PAPISMA jika nak tau lebih. Clexane, berbeza bergantung kepada keadaan. 
Apa yang tersentuh, doc ckp 'Masyarakat akan expect lebih graduan yang lahir drpd Mesir, yang tahu fiqh bukan shj ibadah pesakit malah dlm perubatan sendiri' 
Fikir-fikir balik, memang banyak betul yang perlu belajar lagi, Kelas Arab pun tak habis lagi, Quran, Syeikh, Kelas Ustaz Akli dah berapa kali ponteng. Al-wajibat akthar minal Auqat~ 
Ya Allah berikanlah kami kesempatan masa untuk mengutip mutiara IlmuMu. 

Hm, melalui ibadah pesakit, pggunaan drugs yg berbeza mengkut keadaan - time nilah kita nmpak betapa pentingnya khilaf2 ulama' dlm perbandingan mgikut kemaslahatan & menolak memafsadahan. Best2.

Nasihat Doctor utk Kita Terutama Mahasiswa perubatan/pergigian yg belajar di Mesir
1) Hadam Fiqh!
2) Administration Hospital - *betul, kalau org yg faham agama nk arrage jadual Doc semua, senang. Cthnya, jika Admin Hospital letak Jadual hri Jumaat tu, lelaki yg akan buat surgery ect2 pada pkul 1+ ptg, tak ke bercanggah dgn Islam (Solat Jumaat) excpt Oncall - so, kitalah yg faham agama kena kawal sebaik mungkin.
Byk lagi kelebihan ~ [Nasihat : Belajarlah memimpin, nescaya anda takkan rugi :) ]

3rd Slot Humanitarian Mission

Seronok dengar perkongsian oleh Dr Khaled. Dr pernah mengikuti rombongan ke Palestin bersama Dato Dr SMS, bayangkan PM Palestin, setiap kali bersua, seringkali di bibir mengucapkan kalimah Jihad- Jihad. SubhanAllah. Hebat betul negara Islam yang betul-betul mengamalkan Islam sehingga rakyatnya diuji begitu sekali.

Ibu-ibu yg kematian suami/anak (syahid) mereka akan diangkat/ disambut dgn baik kerana salah seorang drpd ahli keluarga mereka adalah ahli syurga, MasyaAllah. & Ibu-ibu yang kematian suami, akan segera berkahwin semula untuk melahirkan para mujahideen. Kalau dibandingkan dgn negara kita, banyak sgt bezanya, si Janda selalunya ditinggalkan masyarakat/ dikata dgn truk. Minda rakyat Malaysia yang bukan bertaraf pertama Islan* 

Dr ada cerita sedikit sebanyak misi ke Kemboja. Kesian, sedih, bila terkenangkan rakyat di sana. Kita di sini, kena sgt2 bersyukur dikurniakan smuanya serba serbi cukup. Bayangkan sekali budak lelaki disunatkan, 50 USD dollar dikenakan pada setiap keluarga. Mahal, & bagi rakyat yang miskin, semestinya tak termampu. T_T 

Hamasah ini, bukan senang nak timbulkan tapi senang dipupuk dgn sifat 'empathy'.
 
[ Jom buat Amal di Sana inshaAllah, 1 hari nanti ! ]



Pada malam hari, pengisian rohani, tazkirah antara terawih oleh Mahasiswa. Terasa seperti kebangkitan syabab Malaysia, walaupun sukar dijumpai, tapi percayalah ianya ada. 
'Beruntunglah org2 yang Ganjil' - Al-Quran

Hari Kedua

Hari Kedua bermula seperti biasa, masing2 dibahagikan mengikut group utk berkhidmat masyarakat di tempat yang disediakan. 

Alhamdulillah, dikenakan zon 'statik Masjid Beijing'
tak perlu gerak2, just duduk di situ + kerja! :)

Seronok, alhamdulillah banyak betul belajar dgn makcik pakcik, doktor etc2. :)
Belum lagi kitorang bahagi tugas, dah penuh makcik pakcik kat luar sebab dapat pemeriksaan kesihatan free, rata-rata penduduk kawasan tersebut kurang berkemampuan untuk ke hospital. & kebanyakkan mereka lebih 'Redha' dgn apa yang dialami

Redha itu baik, alhmdulillah, tpi, sebaik-baik redha haruskan disertakan dgn usaha. 

'Makcik, tingginya blood pressure, 140/110 ni, makcik ade daroh tinggi ko sebelum ni?' - tanyaku
'Mokcik xdop pulo, baik joh sebelum ni' - balas makcik tersebut
'Makcik ada makan ape semalam?'
'Mokcik moke durian pulut jo '
-p/s : durian pulut beserta santan mempunyai kalori yang sangat tinggi. Satu hari kalori besamaan campuran 3 makanan tersebut :D

Jaga kesihatan. Kawal pemakanan, sebab tu nabi pesan, makan biar behenti sebelum kenyang. & rata-rata penyakit sekarang ni berpunca drpd makanan.

Ada juga yg pokcik cerita je memanjang, seronok dengar, tpi, kadang2 kita kena pandai2 handle sbb byk lgi patient kat balakang tgh tggu, *perasaan pesakit/sahabat kena jaga. Pandai2lah belajar drpd sekarang. :)

& ada juga cerita sedih pokcik2 ni, *sebenarnya tak faham sgt ape pokcik tu cakap, mujur ada groupmat yg memahamkan, alhamdulillah. 
Isteri baru kena stroke, kini terlantar di rumah. Alhamdulillah, sahabat2 yg lain sempat jenguk bersama doktor yang bertugas. Moga dia cepat sembuh, iAllah

Last khidmat masyarakat, sempat lgi sembang-sembang dengan doktor. ^^, *nasihat kepada bakal ''Dr'' . 

Kemudian selepas rehat, diteruskan dgn aktiviti dlm group, ape yg kita dpt kita bentangkan bersama-sama. Setiap kawasan ada kisah sebalik yang tersembunyi. Seronok, bersyukur sgt dpt mengikuti aktiviti tersebut, alhamdulillah.

Terasa 2 hari tu sekejap sahaja. Banyak lagi kita perlu belajar. Memang banyak, oleh itu, jangan sia-siakan masa muda kalian! :)

 
 


Last Day  hari ketiga akan dikongsikan pada post yang seterusnya, iAllah. ^^,


Wednesday, July 25, 2012

Epilepsy.


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
kata-kata daripada seorang Murabbi, Jazakillah kheir kak Aindah. <3

Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai juga di Malaysia. ya Allah, sekiranya masa yang Engkau berikan kepadaku ini adalah sebaik2 masa, berkatilah ya Allah. berkatilah ya Allah. 

“Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa SIHAT & masa LAPANG.” (Hadis riwayat Bukhari).

Setelah bergelumang dengan ke'sibuk'an berada di Mesir, akhirnya, sempat juga di'rehat'kan seketika. Walaupun, diri terasa tidak patut untuk merasakan rehat, sesungguhnya mati itu adalah sebenar-benar rehat.

A177

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 277)

Kehidupan sebagai medical student sesungguhnya akan berasa seronok andai we can know the disease, learn the disease from anyone else. :) Yes. 
More to learn, not only to treat, cure but to CARE. Teringat makcik tadi jumpa di hospital. Epilepsy, 


'Dik2, dok lama lagi ka kat sini?' ...rushing2
'Ye, makcik, ada apa2 nak tlg?'..jawab dgn penuh tanda tanya, tidak pernah kutemui sebelum ni.
'Jaga handbag makcik, nak gi bilik air'.. jawab makcik tersebut.
'Baiklah' sambil tersenyum.

Ya Allah, begitu senang Allah membuka pintu hatinya utk mmpercayai seseorang dengan mudah. Sekalipun zaman ini yang penuh tipu daya, ketidakadilan dan sbgainya. Rasa tersentuh, sifat kepercayaan pada makcik tadi sgt tinggi. Moga Allah permudahkan urusan makcik tadi.

'Makcik datang dari Kulim, lepastu mai sini truih..' jawabnya tergesa-gesa, dengan sedikit mengah.
'Owh' kulihat kad pesakit luar pada tangan makcik tersebut, Epilepsy + Asthma..
Belum sempat melanjutkan persolan, namaku diseru.

Banyak benda dpt dicedok drpd peristiwa ini. Terpulang kepada masing2 utk menterjemahkannya.

..... lebih setengah jam~ [kesian patient yg lain, yg lebih tua, baby tak patut ambil masa lama tadi..]

:) Moga dipermudahkan, pohon doa daripada semua, meskipun hanya diriku shj yang membaca blog ini. Tak kira kenal @ tak,kupohon doa. antara doa yg mustajab adalah ketika berpuasa ini esp dalam madrasah Ramadhan, bermusafir.


Banyak benda yang dipelajari, dari kecil dididik sifat sabar, redha, & lain-lain. 
Redha. Dalam keredhaan perlu juga ada usaha. Ia bukanlah untuk mengubah takdir secara keseluruhan, tetapi ia adalah satu cara utk Allah melihat sebanyak manakah dia mampu/mengatasi/mengubah nasib. 

Allah takkan mengubah nasib kaumNya melainkan kaumNya yang mengubahnya dengan sendiri.

Redha.

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
(Al-Bayyinah : 98 :8)


Al-allamah Ibn Kathir rhm mengatakan dlm tafsirnya, ''Keredhaan yg Allah kurniakan kpd manusia yg bertaqwa serta mentaati-Nya adalah lebih jauh lebih agung berbanding dengan kenikmatan yg Allah kurniakan hasil daripada balasan terhadap ketaatan para hamba sekalipun nikmat yang diperolehi itu kekal selama-lamanya''.

Secara kesimpulan mengikut istilah tasawuf Ibn Ujaybah, AlBarkawi, Al-Muhasibi, Ibn Ataillah,
redha iu adalah pengakuan hati terhadap segala kepahitan. Takdir & maqam ini hanya dapat dicapai oleh mereka yang mencapai makrifatnya.

ya Allah sampaikan kami pada makrifatMu.

Keutamaan redha, Sheikh Abd Qadir Isa dlm Haqaiq 'an al-Tasawwuf - redha adalah maqam yg lbih tggi berbanding sabar. Ini kerana redha merupakan kepasrahan jiwa para hamba yang bermakrifat utk mncintai sesuatu yg dipilih oleh Allah utknya sekalipun ia adalah musibah. Dia melihat segala aturanNya sebagai tarbiyah yg mengandungi rahmat & hikmah. Bahkan Rasulullah saw mnyifatkan salah satu pintu kebahagiaan.

kata-kata Urwah bin Zubair apabila kakinya dipotong dan anaknya mati pada malam yang sama. '' ya Allah, hanya bagiMu segala pujian. Aku mempunyai tujuh org anak &Engkau mengambil satu drpd mereka & aku  masih mempunyai 6 org anak. Aku mempunyai dua tangan dan dua kaki, Engkau hanya mengambil satu daripadanya, dan meniggalkan 3 anggota. Sekalipun Engkau mengambilnya, aku sedar bahawa Engkau jualah yang mengurniakannya dan sekiranya aku ditimpa ujian, aku tetap yakin bahawa Engkau jualah penyembuh bagiku.

SubhanAllah. keredhaan itu tersangat penting meskipun sekecil-kecil perkara, kerana setiap aturanNya adalah yang terbaik utk kita


Thursday, February 23, 2012

Winter 2012

Alhamdulillah a'la kulli hal..

Cuti ini, cuti yang bermakna bagiku. terselit kisah2 sejarah, kisah persahabatan, kisah pengajian & sebagainya lagi. Meskipun, diriku belum lagi berupaya untuk 'ke luar', atas sebab kekangan masa + tenaga, tapi Alhmdulillah, terasa terisi tin yang kosong itu penuh dengan gel yang sangat pekat!

14/2/12 -16/2/12
Bermulanya cuti, bermulanya diriku untuk mencari. Mencari sesuatu. Sesuatu untuk diisikan. :)
Rumah Kedah. Semestinya tempat yang mengisi diriku, menghapus rinduku kepada kampung halaman. Rasa bersalah juga bila tinggalkan kerja yang sedia ada.(tak tinggal pun sbnarnya) Allahu Allah.. Family day+ qasidah + solat berjemaah dgn ustaz setiap waktu, betul2 membawaku balik ke rumah.. rindu ttp ada.. tapi kurang berbanding sebelum ini.. :)

Ala bizikrillah tatmainnal qulub~ :)
ukhuwah. walaupun pertama kali mengenal mereka, tetapi, alhmdulillah dpt dibina ikatan simpulan yg takkan putus, iAllah! 

bola jaring~ tak pernah terfikir utk main. Allah bagi peluang untuk bermain meskipun tak reti.. 

Yansuun!!


17/2/12
inferiority. Itulah yang dpt digambarkan sebelum meeting Unit. Bukan apa, mungkin, inilah kali pertama diriku pernah menjadi pemimpin yang agak besar tanggungjawabnya. Cuba bayangkan bagaimanakah seorang yang sangat PASIF boleh bertukar menjadi seorang yang boleh dikatakan agak AKTIF dalam persatuan? Teringat masa sekolah dahulu, pagi- ayah hantar. tengah hari- makan dlm kelas, ptg- balik rumah(ayah ambil) boleh dikatakan rutin harianku~ Jawapannya.. semuanya ada pada Dia.. Dia merancang sesuatu untukku.. MasyaAllah.. 

By the end, alhamdulillah, sesuatu kerja apabila dikongsi bersama, kuranglah bebanan kerja itu ^_^. Tak rasa pun ia membebankan, bahkan makin seronok kerana kita lakukan keranaNya. 

18/2/12-22/2/12
Pengembaraan bermula. kalau nak cakap sebutir2 banyak sgt.. jadi, copy paste drpd blog Afiq Fahimy.

Saya catitkan di blog ini,mudah-mudahan bagi diri saya sendiri tidak akan melupai ibrah(pengajaran) yang boleh diteladani serta bagi sahabat2 yang lain,ia adalah sebagai penceritaan sirah Nabi Musa a.s dalam usaha baginda mendekati Pencipta alam semesta serta kisah-kisah umat baginda yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.
PERMULAAN PERJALANAN
Perjalanan kami bermula agak lewat sedikit daripada masa yang dirancang atas sebab Kaherah yang ketika itu dilanda banjir kilat..Suatu kelewatan yang tidak diduga daripada pihak musyrif..namun itulah perancangan Yang Maha Esa..kita sudahpun merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah s.w.t..
Kami mula bertolak daripada Alexandria selepas solat Subuh,26 Februari..
TERUSAN SUEZ
Setelah beberapa jam perjalanan..Kami sampai jua di sempadan untuk menyemberangi Semenanjung Sinai
Terusan Suez adalah laluan utama sebelum menjejakkan kaki ke Semenanjung Sinai..tidak banyak ingin saya catitkan akan Terusanini..terdapat beberapa sejarah yang dikaitkan ke atasnya cuma tidak ingin memanjangkan penulisan saya kerana ingin lebih menumpukan akan sirah baginda Nabi Musa a.s..
KUBU BAR-LEV
Tempat inilah persinggahan kami yang pertama..saya tidak pasti bagaimana ejaan ‘Bar-Lev’ yang sebenarnya..tapi itulah bunyinya yang disebut ketikamana melewati tempat ini..
Apa yang ingin dikisarkan akan kubu ini adalah kisah bagaimana boleh tercatitnya 6 Oktober1973.. sebagai tarikh kemenangan Mesir ke atas Israel laknatullah alaih..
Di sinilah tempatnya terletak suatu kubu Israel yang dikatakan begitu teguh untuk diruntuhkan oleh tentera Mesir..Diceritakan bahawa hampir semua kubu Israel berjaya ditumpaskan tentera Mesir dengan bantuan tentera Syiria namun tinggal kubu Barcliff ini sahaja yang masih belum boleh dirobohkan & ditawan oleh tentera Mesir..
Diringkaskan cerita bahawa tentera Mesir & Syiria ketika itu sudahpun kehabisan usaha untuk meruntuhkan kubu ini..
Namun,dengan kekuasaan Allah s.w.t..Salah seorang syeikhul azhar ketika itu,Syeikh Abdul Halim telah didatangkan mimpi akan cara untuk mengalahkan kubu Israel ketika itu..Bagaimana?
Caranya adalah dengan menyimbah air ke arah tempat letaknya kubu ketika itu..Maka,ilham Syeikh Abdul Halim digunapakai oleh tentera Mesir untuk mengalahkan tentera Israel..
Maka,dengan kekuasaan Allah s.w.t..Seteguh& secanggih mana kubu binaan Israel,runtuh dalam sekelip mata apabila disimbahi air oleh tentera Mesir..Bagaimana cara mereka menyimbah air itu..saya tak pasti bagaimana caranya..tetapi ibrah daripada kisah ini adalah bagaimana seorang ulama yang tidak mengerti akan selok-belok peperangan mampu mencetuskan strategi untuk mengalahkan Israel laknatullah..
Begitulah besarnya hikmah seorang ulama..Mereka lebih takut akan azab Allah s.w.t dan disebabkan faktor inilah mereka lebih dekat dan tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t..Saya teringat tazkirah daripada ustaz Thaisir ketika jaulah :
“Baiknya sesebuah negeri itu adalah apabila baiknya dua orang ini ; ulama dan pemimpin negara itu”..
Sikap sesetengah pemimpin yang membelakang ulama-ulama mereka mengundang bala Allah s.w.t.. nau’zubillahu min zaa’lik..
Tidak perlu ada pemisahan antara peranan para ulama dan dalam pemerintahan para pemimpin..ulama memainkan peranan sebagai penasihat besar dalam pimpinan para pemimpin..Mereka lebih arif akan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dalam menerajui sesebuah negara..Membelakangkan mereka,maka kita sudahpun membelakangkan baginda Rasullah S.A.W menunggu dan menempah murka Allah S.W.T.. nau’zubillahu min zaa’lik..
Tidak hairanlah apabila undang-undang barat menjadi pengantara,masyarakat menjadi mudah alpa gara-gara melupakan akan pesanan ulama-ulama kita..wallahua’alam
Kubu Bar-Lev 
Bergambar bersama 

U’UYUN MUSA
Tempat kedua persinggahan kami selepas Kubu Barliff..Di sini terletak 12 belas mata air terpancar daripada hentakan tongkat Nabi Musa a.s..memancarkan air keluar daripada tanah..Kisah ini termaktub di dalam Al-Quran :

وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَماً وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
(al-A’raaf :160)
Maksudnya : Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing- masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa.(Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.

12 belas mata air yang terhasil adalah khas untuk 12 suku kaum daripada Bani Israil yang diketuai oleh ketua masing-masing..
Namun,tika kami berada di u’uyun Musa ini..hanya terdapat 2 sahaja yang tinggal..manakala selebihnya dikatakan sudahpun ditimbus oleh pasir…wallahua’lam

Bergambar bersama di U'yun Musa 

GUNUNG SINAI


















Di sinilah pengembaraan bermula..kami tiba di penginapan dalam jam 9.00 malam..cuaca ketika itu terlalu sejuk..Kami ambil masa untuk berehat dan makan sebelum memulakan pendakian pada jam 1.00 pagi..Cuaca yang teramat sejuk ini juga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan baju 3-4 lapis untuk merehatkan diri sebelum pendakian..
Pendakian bermula pada jam lebih kurang 1.30 pagi..awal-awalnya memang terasa tidak sabar untuk mendaki..sampai sahaja berapa kerat jalan,kaki sudahpun terasa lenguh..stamina bukanlah sekuat sahabat yang lain yang sudah pun bergerak ke hadapan..
Saya tidak ingin memanjangkan kisah pendakian ini..Cuma saya terbayang bertapa jauhnya pendakian yang beribu meter Nabi Musa a.s dalam usaha bagindauntuk bermunajat kepada Allah s.w.t..Betapa sukarnya untuk dibayangkan pada zaman ketika itu dimana tiada ada kelengkapan sepertimana zaman sekarang,baginda mampu berjaya menapak dengan seribu daya mendaki untuk sampai ke puncaknya..Begitulah h
ebatnya & besarnya karamah seorang nabi yang dimuliakan Allah s.w.t..Nabi Musa a.s ketika itu dikatakan begitu teruja untuk bertemu dengan Allah s.w.t hinggakan 70 orang pengikut setianya keciciran di belakang..Alangkah indahnya nikmat iman ketika itu..
Saya sendiri pun belum cukup sempurna untuk menempuh perjalanan pendakian ini..kadang-kala,hati ini juga mengeluh ketika mana keletihan..Astaghfirullahal a’zim..
Begitulah lemahnya iman kita tatkala diuji Allah s.w.t..Namun ditetapkan hati jua untuk sampai ke puncak apabila mengenang bertapa susahnya Nabi Musa a.s ketika itu untuk sampai ke atas puncak..
Alhamdulillah..saya sampai ke puncaknya dalam jam 4.00 pagi..agak lewat berbanding sahabat2 yang lain yang sampai pada jam 3.30 pagi..sejuk teramat sangat tambahkan pula dengan angin yang kuat..berkelubunglah kami dgn selimut berlindung dari kekuatan angin di puncak Jabal Musa..menunggu pintu surau dibuka dan solat subuh di atas sana..
Kisah Nabi Musa bermunajat kepada Allah s.w.t
termaktub di dalam surah al-a’raaf :
وَوَاعَدْنَا مُوسَى ثَلاَثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً وَقَالَ مُوسَى لأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلاَ تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ
(al-A’araf : 142)
Maksudnya : Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya iaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan".
Kisah baginda diteruskan apabila ketika baginda memohon untuk melihat wajah Yang Maha Pencipta dalam munajat baginda :
وَلَمَّا جَاء مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ موسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
(al-a’raaf :143)
Maksudnya:Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".
* Para mufassirin mengertikan yang nampak oleh gunung itu ialah kebesaran dan kekuasaan Allah, dan ada pula yang menafsirkan bahawa yang nampak itu hanyalah cahaya Allah s.w.t. Bagaimanapun juga nampaknya Allah itu bukanlah nampak seperti sifat makhluk,hanyalah nampak yang sesuai sifat-sifat Tuhan yang tidak dapat diukur dengan ukuran manusia.
Nabi Musa a.s dimuliakan Allah s.w.t untuk melihat kebesaran Allah s.w.t yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa sebagai mukjizat baginda dalam menyebarkan agama Allah kepada Bani Israel :
قَالَ يَا مُوسَى إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ
(al-a’raaf :144)
Maksudnya: Allah berfirman: "Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."
Itulah antara sirah anbia’ yang boleh didapati tikamana di puncak Jabal Musa.
Rasa kecewa&sedih apabila melihatkan segelintir manusia yang ‘ber-hala-luya’ kat atas puncak itu..memuja dan menyekutukan Maha Pencipta..
Namun,kita sebagai seorang muslim bukanlah tugas kita untuk mengutuk,menghina & menghukum mereka..Moga-moga suatu hari nanti,akan disampaikan hidayah di antara mereka untuk melihat dan menerima jalan Islam yang sebenar..amin..

Tempat Nabi Musa a.s bermunajat

Ramai & sesak di puncak Jabal Musa

Salji di puncak Jabal Musa 

DAHAB
Laut Merah
Di sinilah destinasi kami untuk beristirehat..tapi apa yang ingin dicatitkan di sini adalah berkaitan kisah Laut Merah tempat di mana kami sempatsnorkelling melihat keindahan batu karang & hidupan laut..
Kisahnya termaktub di dalam al-Quran :
فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَكَانُواْ عَنْهَا غَافِلِينَ
(al-a’raaf : 136)
Maksudnya : Kemudian Kami menghukum mereka,maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.
‘Mereka’ yang diceritakan itu adalah firaun & para pengikutnya yang masih kufur tikamana selepas meminta kepada Nabi Musa a.s untuk berdoa kpd Allah s.w.t untuk melepaskan mereka daripada azab Allah s.w.t dan kemudiaannya akan beriman terhadap ajaran yang dibawa baginda Nabi Musa a.s.
Namun,kekufuran tetap bertakhta di hati,malahan firaun ketika itu mengarahkan tenteranya untuk mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya..Maka,ditenggelamkan mereka di dalam lautan ketikamana cuba mengikut Nabi Musa a.s beserta pengikutnya yang melintasi Laut Merah dengan mukjizat kurniaan Allah s.w.t ke atas Nabi Musa a.s..walahua’alam..

WADI ARBAI’N
Selesai beristirehat dan check-out dari Dahab..Kami meneruskan perjalanan ke Wadi Arbai’n..Tempat yang dikatakan tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan 40 orang nabi..Namun menurut ustaz Thaisir,terdapat khilaf akan Wadi Arbai’n ini kerana ia jua adalah antara kisah Israeliyat, antaranya :
(i)ia adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan 40 orang nabi
(ii)ia adlah tempat pertemuan Nabi Musa a.s dengan 40 orang auliyaa (wali)
(iii)ia adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan puteri nabi Syuaib a.s,Safura..

Dalam perjalanan menapak menuju ke Wadi Arbai’n,salah satu tempat yang kami singgahi adalah tempat terpancarnya air daripada celah-celah batu hasil mukjizat hentakan tongkat Nabi Musa a.s :

Rekahan air yang mengalir 

وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ
(al-Baqarah : 60)
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing).Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
BANJARAN TIIH















Kami melintasi banjaran ini ketikamana dalam perjalanan hendak pulang ke Alexandria sebelum melepasi Terusan Suez.
Sempat jua Ustaz Imran & ustaz Thaisir menerangkan kisah yang tersirat di antara banjaran ini.Kisah perdebatan Nabi Musa a.s dengan kaumnya yang ingkar akan suruhan Allah s.w.t.
Kisahnya termaktub di dalam Surah al-maidah :
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاء وَجَعَلَكُم مُّلُوكاً وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِّن الْعَالَمِينَ
(al-Maidah : 20)
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".
يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الأَرْضَ المُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ
(al-Maidah : 21)
Maksudnya : Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari kebelakang (kerena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang rugi.
قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْماً جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا حَتَّىَ يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِن يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ
(al-Maidah : 22)
Maksudnya : Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".
قَالَ رَجُلاَنِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُواْ عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللّهِ فَتَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
(al-Maidah : 23)
Maksudnya : Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.
قَالُواْ يَا مُوسَى إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَداً مَّا دَامُواْ فِيهَا فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
(al-Maidah : 24)
Maksudnya : Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua,sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja".
قَالَ رَبِّ إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
(al-Maidah :25)
Maksudnya : Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu"
قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الأَرْضِ فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
(al-Maidah :26)
Maksudnya : Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."
Begitulah kisah yang saya sempat catatkan ketikamana penerangan Ustaz Thaisir berkenaan Banjaran Tiih..Terasa agungnya kebenaran al-Quran dalam menceritakan kisah-kisah umat terdahulu..Subahanallah..
Ada terdapat lagi tempat-tempat yang kami lawati..Cuma saya tak sempat nak catitkan & ingat akan penerangan yang ustaz berikan..maa’lish..Inilah semampunya yang saya tulis bagi mengingatkan diri saya akan kebesaran & keagungan Yang Maha Esa..
Saya teringat kata-kata seorang sahabat medic daripada India,Dr.Amin yang turut menyertai jaulah kami ini :
“Selama ini kita membaca al-Quran..melihatkan tafsirnya..tetapi tidak pernah melihat kebesarannya..tetapi lepas jaulah ini,kita dapat melihat bertapa besarnya kebenaran & keagungan ayat-ayat di dalam Al-Quran”
Ya..apa yang dikatakan sememangnya adalah benar..itulah sebesar-besar ibrah yang diriku dapati melalui jaulah ini..selama ini kita hanya duduk membaca al-Quran & membaca tafsir-tafsirnya sahaja tanpa bergerak & melihat kebenaran itu sendiri..
Alhamdulillah..segala pujian kepada Yang Maha Esa..kita diberi peluang untuk melihat kebesaranNya..kebenaran yang termaktub di dalam al-Quran diperlihatkan di depan mata kita..meningkatkan lagi pucuk keimanan di dalam hati..
Ribuan terima kasih kepada Ustaz Imran & Ustaz Thaisir yang memberi terlalu banyak input untuk kami lihatkan pengajaran yang termaktub di dalam al-Quran..Pengalaman ini tidak akan kami kecapi jikalau kami hanya mengikut tourist agency..
Juga kepada Ustaz Asyraf yang bertungkus-lumus menyediakan masakan & makanan untuk kami..memang sedap..juga ucapan terima kasih kepada Ustaz Mua’z,Ustaz Azhar & Ustaz Luqman yang menjadi musyrif sepanjang perjalanan kami..
Moga keredhaan Allah s.w.t dilimpahkan kepada ustaz-ustaz semua..

p/s : jutaan terima kasih kepada ustaz + rakan2 yang turun skali dri gunung sinai, alhmdulillah berkat turun perlahan2 + paling akhir, sihat jua kaki yang disayangi ini :) 

http://superneuron.blogspot.com/2010/03/catatan-kembara-sinai-2010.html